Paling aneh apabila kita bertemu sesuatu perkara, bertemu beberapa situasi, adalah dengan mengetahui bahawa ianya berada di titik makruh, haram, atau dosa. Sedangkan hanya bertemu dengan si dia. Sedangkan hanya berpegangan tangan. Sedangkan hanya mengambil dua ringgit, lima ringgit, sepuluh ringgit.
Sedangkan
ada yang lebih besar dan lebih teruk kesalahan yang perlu diambil perhatian dan
dititik beratkan. Seperti kezaliman contohnya, yang doa-doa orang teraniaya
sentiasa dijawab oleh Tuhan bahkan jika peminta dan pengemisnya adalah orang
kafir yang langsung tidak pernah memandang Allah.
Pertanyaan
ini membuatkan kita terfikir sedetik dua. Kenapa? Apa kepentingannya kita
mendalami makna dosa sedangkan salah silap yang kita lakukan langsung tidak
menyentuh manusia lain. Langsung tidak memberi impak negatif kepada masyarakat
atau kepada negara. Kerana sesungguhnya kita bukanlah tidak langsung berakal
untuk tahu di mana batas dosa.
Soalnya,
adakah benar anggapan kita?
Renungkan
dosa yang paling tidak masuk akal dikatakan sebagai dosa. Kita maklum, sejarah terlalu
sering membentangkan kepada kita berkenaan dosa pertama yang pernah dilakukan
oleh manusia. Setiap kita terlalu sering pula mendengar waktu demi waktu
berkenaan dosa yang satu ini. Dosa memakan buah.
Jika
kita lihatkan kembali. Mengapa? Ada apa dengan sebiji buah? Mengapa ianya menjadi
dosa yang cukup besar sehingga makhluk yang paling mulia dijatuhkan hukumannya
ke dunia? Renung dan fikirkan apakah hikmah dan kepentingannya sehingga bapa
kita menangis dan merayu Tuhannya untuk mengampunkan dosanya memakan sebiji
buah?
Jawapannya
sangat lurus dan tegas. Kerana ianya larangan terus dari Tuhan. Allah sudah melarang,
kita harus taat dan tunduk pada larangan Allah. Seiring waktu, ilmu yang
berkaitan akan merungkai sebab dan hikmahnya. Hari ini, ketika kita masih dungu
dan tidak tahu, Tuhan mahu melihat sejauh mana kepercayaan kita pada Pemilik
Segala Ilmu.
Adakah
kita mahu mendengar suruhan Allah? Adakah kita mahu meninggalkan larangannya?
Adakah kita mahu hidup berpaksikan ilmu kita semata-mata? Ataukah kita mahu
mempercayai Allah bahawa Dia akan memberikan satu jalan yang cukup baik dan
menjaga kesejahteraan kita dalam jangka masa yang tersangat panjang?
Hingga
akhir waktu kasih sayang Tuhan. Adakah kita bersedia taat dan tunduk pada suruhan
dan larangan yang terkadang tidak boleh difahami oleh akal dan munasabah zaman?
Menutup aurat, ketinggalan zaman. Menjaga ibu bapa, menyusahkan. Menyantuni
anak yatim, mengapa tidak salurkan dana kepada manusia yang lebih mampu membalas
sumbangan yang diberikan?
Pengajian
yang pertama dari Tuhan, dengan tulus dan cinta demi mengajarkan
satu ilmu yang tersangat sakti. Mengajarkan syariat taubat kepada bapa kita,
Nabi Ada AlaihisSalam. Dengan taubat, manusia akan berhenti di satu perbatasan dan
menahan diri untuk melangkah ke daerah dosa seterusnya. Dengan taubat, manusia
akan mengkoreksi diri dan mencuba untuk kembali mahu tunduk dengan pengajaran
Tuhannya.
Semoga kita kekal mahu bersaksi bahawa Allah itu
Tuhan, dan Muhammad itu pesuruh-Nya.

No comments:
Post a Comment
Drops your comment here ~
Suka untuk aku tekankan, komen hendaklah yang membina dan perlu menggunakan bahasa yang baik. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda!