Kita berkongsi, kerana di akhirnya semuanya bernilai di sisi Tuhan.

Moga tidak terlalu mengarut.



Friday, 28 March 2014

Fikirfarhan



Bismillah dan Salamullah Alaikum. 


Moga sihat dan sentiasa sihat.  


Kenapa Fikirfarhan? Mudahnya kerana maksud yang dibawa. Fikir, untuk kita sama-sama mencari dan memikirkan perkara yang mahu kita katakan, dan Farhan, untuk kita sama-sama berlapang dada selepas membaca dan mendalami semuanya. 


Kita selalu mahu menang, bukan? Aku mahu berada di satu ruang dimana tidak ada sesiapa yang lebih kuat atau lemah, tinggi atau rendah, banyak ilmu atau kurang. Di satu titik tengah dimana tidak ada sesiapa yang berhak untuk menjatuhkan idea dan ulasan seremeh manapun ianya kedengaran. Semoga inilah medannya.


Tak keterlaluan juga kalau aku sebutkan, fikiran aku selalu terawang terbang dan menghidupkan hari-hari aku yang bosan. Fikirfarhan. Kau fikir dan kau gembira. Sekecil apapun. Ketika aku bermimpikan bulan jatuh ke tangan, atau sedang melarikan diri dari ketakutan. Aku mahu hidupkan satu medan untuk melepaskan.


Moga aku dan kamu sentiasa di bawah redha Tuhan.


Hai, selamat berkenalan. Aku Fikirfarhan. Kamu?




                                                                                                                                           
                                                                                        

No comments:

Post a Comment

Drops your comment here ~

Suka untuk aku tekankan, komen hendaklah yang membina dan perlu menggunakan bahasa yang baik. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda!