Bismillah dan Salamullah Alaikum.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kejutan!
“Apa ummi!?” kata Aisyah kepada Puan Zainab. Terkejut.
“Apa mummy1?” kata Lutfi kepada Datin Fatimah. Terkejut.
Di tempat yang berbeza, hairan bagaimana mampu serupa kata
mereka.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Aku terima nikahnya....,”
Selafaz Lutfi melantun lafaz sakinah. Di satu sudut isterinya
yang sah sedang duduk bersimpuh. Ayu.
Dalam masa yang sama, hatinya berbisik,
‘Bagaimana aku sedang berada di depan Tok Kadi ni!’
Sengihnya terkoyak sedikit. Lucu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Kau jangan sampai, aku tampar kau, tertelan gigi,” Hamzah
terguling mendengar nada amaran Lutfi. Ketawanya mengundang marah sahabat. Benda
dah jadi, nak marah buat apa?
“Bertenang Fi. Bendanya kau dah kahwin kan? Nak marah-marah
lagi buat apa?” Hamzah duduk tegak semula. Tawanya bersisa. Perhatiannya sejeda
pada Lutfi lalu dialih ke arah tv.
Lutfi menghempas badan di sebelah Hamzah. Sofa lembut
dah, awat hati panas lagi ni? Dia merenung satu titik yang tak tahu di
mana. Parahlah aku ni. Mana nak sembang dengan orang tak kenal. Wanita pulak tu. Mahu
tak meremang bulu roma?
“Merenung masa depan yang tak pasti ke?” Hamzah menyakat di
sebelah.
Matanya dijeling maut ke arah Hamzah.
“Ops, sorr..,” belum pun habis lafaz maaf, katanya dipotong
dengan nada membunuh nyamuk aedes.
“Kau pernah makan penampar masak tiga rasa tak?” tanya Lutfi
dengan aura membunuh biasa.
Gelak lagi.
“Meh sini,” pujuk Hamzah sambil memandu kepala Lutfi agar
jatuh di ribanya.
“Meh bincang. Benda boleh bincang,” katanya memberi harapan
penyelesaian masalah jiwa Lutfi.
Tergelak mendengar resah Lutfi tadi.
‘Hamzah, macamana biasanya suami layan isteri dia?”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Simpanlah kotak rokok tu. Berbinar mata saya tengok,”
Aisyah dikerling dengan muka ‘kau pensyarah baru, jangan
campur urusan aku’, dah biasa. Budak melayu yang bajet hebat, tapi dia tak tau, dia
sedang menyerlahkan kebodohan peribadinya. Tipikal, dah boleh baca.
“Saya keluarkan kotak rokok, bukan hisap rokok,” pelajar
perempuan itu menjawab dengan nada toyanya.
Haah, betulla tu, dah hebat sangatla tu boleh jawab macam tu? Dalam kelas engineering, dengan
perangai yang penuh sopan santun, keluarkan handphone tapak dinosaur dan kotak
rokok Dunhill letak atas meja. Fuh. Aku tak sangka aku mengajar kat sini.
Senyum sinisnya terkoyak. Aisyah melihat pelajar di
hadapannya atas bawah. Mendarab tambah bahagi tolak perawakan pelajar
tersebut. Biasalah, sebagai seorang pengajar, bakat menilai pelajar dengan
semulajadinya akan tumbuh mekar dalam diri.
Heh. Sangat biadap.
“Ustazah ada masalah ke?” sopan Sofia menutur kata. Sentap
dengan sinis sang guru.
Keningnya terangkat. Marah ke?
Senyumnya terkoyak. Ada hati rupanya budak ni?
“Saya pernah ke Eropah, bukan negara Islam. Tapi tak pernah seorang
pun orang-orang sana yang melayan saya dengan biadap,”
Sentap.
“Saya balik ke Malaysia, negara yang majoritinya penduduk
Islam, dipandang hina sebegini rupa. Lebih mengagumkan, pelajar saya sendiri yang
melayan saya dengan hina..,”
Panas hati.
“Sangat..hmm, buat saya terharu,” senyumnya berubah menjadi
sengih lebar. Kenapa aku rasa puas hati ea? Musykil.
“Apa kata, ustazah berhenti kerja sebelum saya menyusahkan
hidup ustazah?” Sofia balas dengan nada yang lembut. Walau sebenarnya, aura
membunuhnya tersebar ke segenap kelas.
Kelas kekal sepi. Rasa seronok pulak menonton akasia di depan
mata.
Aisyah sengih. Tangannya disilang. Aku menang. Hahaha.
“Terima kasih. Kerana menjadi alasan untuk saya tak kekal di
sini. Kelas, dismiss,” pantas dia melangkah keluar kelas. Kelas yang tadinya sunyi
kini kecoh.
”Pensyarah tudung labuh, berjubah bagai, memang takla jadi
lecturer aku,”
Kalam kebanyakan pelajar. Tipikal budak zaman sekarang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dush.
Kepalanya dihantuk perlahan ke stereng kereta. Lupa yang dia
ada ‘orang’ di rumah. Lutfi mengangkat kepala melihat kereta Myvi di tempat
letak kereta. Ruang letak kereta rumah ‘mereka’ cukup-cukup untuk kereta mereka
berdua.
Itupun seakan Aisyah mengalah membeli kereta yang lebih
kecil darinya. Dia boleh agak isterinya boleh tahan gangster juga dalam pemilihan
kereta. Tapi tulah kan, kene lebihkan suami dalam apa pun. Kan kami para suami
yang menanggung dosa kalian. Heh.
Jam tangan dilihat lagi.
2 am.
Dush.
Lagi.
Tak ingat ada yang menunggu. Dia dah rasa ada yang tak kene
kalau dia balik lewat, tapi terpaksa juga balik lewat untuk pencerahan kertas
kerja modul belajar para siswi untuk produk syarikat mereka awal bulan
depan. Aish, seakan terngiang jawapannya pagi tadi pada ‘suri’ hidupnya.
“Eh, abang balik macam biasa ja. Kalau nak
tunggu, tunggulah. Kalau taknak pun, abang tak kisah,” walau sipi lagi nak lunyai
sendinya membahasakan diri abang, digagahkan juga untuk membina sebuah mahligai
yang bahagia.
Dah jadi macam ni nak bahagia macam mana Lutfi oi? Adus, dahla
minggu lepas pernah buat macam ni. Semalam tu kira nasib Haikal lepas awal, tu
pun sebab takut mengganggu masa berharga pengantin baru. Tak ganggu
apanya, berlambak kene kemaskini folder syarikat, nak angkat kepala dari laptop
pun kene tarik dulu dengan si dia. Ehem.
Tolong sandarkan ke kerusi. Nak tolong picit kepala
katanya, aku pun buat-buat pejam mata la nak tunjuk tension kerja. Siap kerut
bagai mata dahi semua tu. Tapi sebenarnya malu.
Pui!
Haish.
Takkan tak nak keluar kereta sampai esok asar kot? Keluar je
la. Doa banyak-banyak dia dah tidur. Tak tunggu macam minggu lepas. Kesian aku
tengok, tersengguk-sengguk tunggu aku balik. Dahla penat kerja.
Pintu dibuka, salam diberi, basmalah diungkap.
Pantas matanya menangkap susuk Aisyah di atas sofa.
Bersalah.
Mesti dia risau.
Mesti dia tunggu.
Mesti dia makan hati.
Nafas ditarik perlahan. Dihembus perlahan.
Sudahlah kerjanya tersangat banyak, tak boleh ambil cuti
untuk berjalan-jalan dengan isteri. Dahla pengantin baru. Memanglah dah booking
cuti untuk tengah bulan depan, tapi, tetap dia rasa tidak bertanggungjawab. Rasa
tak mengambil berat akan isteri. Lama tu nak tunggu bulan depan. Istighfar
bergaung dalam hati.
Nak membaiki ummah melalui syarikatnya, tapi dia sendiri
‘lupa’ membaiki diri.
Dia meletak beg kerjanya di bilik kerja. Lalu langkahnya
dituju ke ruang makan. Hidangan tersedia. Dia memegang perutnya yang tak
lapar. Sambil memikir untuk makan atau tak. Risau Aisyah lebih terasa
dengannya, dijamah juga. Sedikit.
Selepas membasuh tangan – pinggan ditinggal di sinki sebagai
bukti dia makan -, dia bergerak ke arah sofa ruang tamu. Melutut sebentar
menghadap Aisyah.
“Sorry tu. Abang try tak buat lagi lepas ni,” bisiknya
perlahan. Gertak gak la tiba-tiba dia bangun, segan boh nak letak muka kat mana?
Dia lantas mencempung Aisyah ke bilik mereka.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelas tiba-tiba senyap. Sir Luqman, lecturer yang sangat-sangat
sporting, best mengajar, tegas dan pakar dalam banyak cabang bidang dalam
engineering masuk ke dalam kelas dengan muka berkerut marah. Sambil bawa beg
tangan perempuan yang tak berapa perempuan sangat dan buku subjek mereka.
Kenapa macam kenal beg tu?
“Luq, I’m not going to do this,” Aisyah memasuki kelas
beberapa ketika kemudian.
Luqman meletak barang-barang tersebut di atas meja, lalu
menoleh marah.
“You’ve promise, Aisyah,” katanya dengan nada yang cuba
mengawal kemarahan.
“Bai, memang takla nak mengajar kelas ni,” katanya dengan
muka ‘apehal aku pulak’.
“You’ve promise,” tekan.
“This and that is two different thing,” katanya tak
mengalah.
“You’ve promise,” tekannya lebih kuat dari tadi.
“Do you realize that you’re making me pathetic right now?”
“Of course I know,”
“Then the heck I’m going to do this. This’s absolute absurd
and I really trully exceptionally hate this,”
“It just for a month,” Luqman cuba memberi alasan rasional.
“Just for a what?! Whoa, kasar nampak,” Aisyah bantah.
“Aisyah listen, you’re not that busy these days right? Bukan
susah mengajar sebulan. Aku mengajar bertahun tak mati pun,” Luqman cuba lagi.
“Aish, I’m really not doing this,” katanya tegas.
“Isn’t the prophet said ‘Tanda munafiq itu tiga’ and break
the promises is one of them,”
Kening Aisyah bergerak, tanda tak puas hati.
“This and that is two different thing,” katanya lagi.
Luqman menarik nafas, dalam. Lalu melangkah keluar ke arah
pintu. Dengan bergayanya menoleh sambil tersenyum kemenangan lalu berkata
“terima kasih, ustazah,”.
Lantas menutup pintu.
“The WHAT?!” dia ingat dia dah menang ke? Aku fikir kau
member je Luq.
Kelas yang menyaksikan drama mereka itu kini tertumpu pada
Aisyah.
Aisyah menarik nafas keluh, mengalah.
“Ni sebab kau kawan aku Luq. Kalau tidak..,” omelnya
perlahan.
“Assalamualaikum and good morning class. So as you can
see, over this chapter, its kind of differ with the latter coz…,”
Kelasnya tiba-tiba bermula. Kelam pelajar menyelak halaman
buku rujukan mereka untuk menangkap apa yang cuba disampaikan ‘ustazah’
mereka. Lahjah British weh, nganga.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aisyah memutar-mutar cawan di piringnya. Masih makan hati
dengan Lutfi yang ‘terlupa’ dia sudah beristeri. Apalah agaknya yang akan
berlaku kalau dia terlupa yang dia sudah bersuami?
“Bukan Aisyah, abang baaanyak sangat kerja kene buat sampai
tak teringat Aisyah tunggu. Serius ni,” bersungguh Lutfi meyakinkan dia. Nampak
sangat meyakinkan, jujur, amanah, tak tipu.
Tapi tu lah yang nak marah ni!
Macamana dia boleh betul-betul ‘lupa’. Kalau main-main lupa
boleh lagi tahan.
Huh!
Suka hatilah. Malas layan.
Dia bangkit dari meja makan. Makan petang hujung minggu
mereka hambar. Gara-gara Lutfi yang selalu terlupa menelefon jika pulang
lewat, lupa nak beritahu jika tak pulang sehari dua, lupa yang dia ada di rumah
menunggunya pulang.Lupa.
Sebab banyak ‘sangat’ kerja.
Kerja untuk ummah nabi.
Tapi orang rumah sendiri?
Huh!
Boleh jalanla. Dasar lelaki!
“Abang minta sorry sangat-sangat kay,”
Dah berapa kali sorry entah.
“Aisyah…,”
“Kay,” sepatah dia jawab. Malas nak layan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“So aku rasa, benda ni kalau kita bagi Hamzah yang jumpa
Encik Amir, confirm boleh settle tiga hari,” cadang Lutfi selepas membentangkan
laporan unit bahagian kewangan Projek SmartDeen.
“Aku memang dah rasa Hamzah yang paling berkaliber kat
sini,” sengih Haikal tak lekang dari tadi.
“Pergh. Saja nak naya aku ke syeikh? Encik Amir tu,” Hamzah
rasa tak sedap hati dengan pemilihan mereka dalam memilih wakil syarikat untuk
membentangkan projek mereka kepada syarikat-syarikat yang ‘sudi’ memberi
sumbangan dan bantuan dari sudut apa sekalipun.
Mereka pun bukanlah syarikat besar. Hmm, boleh tahan besarla
tapi tak la besar sangat. Perlu sangat bantuan dan pertolongan daripada syarikat
penerbitan dan syarikat yang berkaitan untuk mereka bertatih mencipta empayar
sendiri. Nanti dah ada empayar sendiri, lebih terbuka kemampuan mereka untuk
membantu masyarakat.
“Kalau sukat tahap ketenangan dan bakat mengawal
kegelabahan, aku rasa kau pada paras stabil la syeikh. Serius kot,” Haikal
memberi pandangan.
“Apahal bukan kau je?” Hamzah tak puas hati.
“Sampai bila asyik aku je?” Haikal bertanya balik.
“Habis tu kenapa tak ambik Lutfi je?” Hamzah sengaja
bertanya. Heh.
“Kau kalau nak order penampar masam masam manis pun tengok
tempat la kawan. Aku mana ada time tu,” marah Lutfi sambil ketawa. Dia lantas
mengemas fail atas meja dan bergegas untuk ke biliknya. Mesyuarat mereka
sudahpun tamat.
Dengan mendadak dia berhenti lalu menoleh untuk bertanya
Haikal sesuatu.
“Bai aku dah bagi belum market kita untuk projek lepas
projek SmartDeen ni?”
“Dah,”
“Yang kemaskini input output tiga tahun lepas?”
“Dah,”
“Yang konklusi kalam Ustaz Zaman and The Gang pasal produk
Khalif Dunya?”
“Dah,”
“Oh, Ok. Terima kasih,” lalu langkahnya laju ke pejabatnya.
Hamzah mengurut tengkuk lantaran sakit menoleh ke arah
Haikal dan Lutfi tiga empat kali.
“Heh, dah kenapa ustaz?” lawak dia melihat Hamzah.
“Haikal, banyaknya yang dia siapkan. Bukan nak sekarang pun
semua tu. Kau tak rasa dia overdo ke kerja-kerja dia?” Hamzah bertanya. Tangannya
kekal di leher. Konon masih sakit.
“Biarlah dia. Bukan tak biasa dia sibuk macam tu. Cuma kerja
yang patutnya dia mantap tak berapa nak mantap sangat la. Tapi elok je kerja
dia, takde pula aku nak komen apa,” Haikal menjawab acuh tak acuh. Kopi yang
sudah sejuk sejak mula mesyuarat mereka dihirup perlahan sambal matanya laju
membaca baris demi baris kertas modus operandi projek akan datang.
“Takdela. Aku pelik gak. Sibuk giler. Nak sembang dengan kita
pun dah takde masa. Sedangkan, kerja bahagian dia dah siap untuk projek kita yang
sekarang ni,” Hamzah berkerut dahi, memikir.
“Apa nak hairan syeikh. Dia nak cuti dua minggu kot. Kerja
yang bakal terbengkalai tu, dia siapkan la sekarang. Takdela teruk nanti dia
balik honeymoon,” terkoyak senyum Haikal.
Mereka ketawa tiba-tiba. Sama-sama.
Mereka bertiga dah berkawan lama, bukan tak faham yang Lutfi
bakal berlambak kerja. Boleh je hulurkan bantuan, cuma Lutfi tak mahu menyusahkan
sahabat. Sebelum sahabatnya menghulur bantuan, dia sudah bersiaga menyelesaikan
lambakan tugas.
Perangai Lutfi, lawak apabila dikenang. Tidak mahu menyusahkan
sahabat. Sedang kalau mereka di tempat dia, boleh bergaduh kerana mahu
menolong. Jika dalam suasana begini pula, bergaduh jika ditolong.
Haish.
Macam-macam.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lutfi duduk di birai katil berhadapan Aisyah.
“Aisyah marahkan abang lagi ke?” lembut Lutfi bertanya. Tuala
dihulur ke arah Aisyah. Sambil membuat muka minta dilapkan rambut yang basah.
Huluran disambut.
Selepas sahaja habis membuat semakan ringkas pada duit
keluar syarikat bahagian promosi projek Green Teen, Lutfi pulang ke rumah
seperti biasa. Cumanya jalan agak sesak dan memaksanya berjemaah di masjid
terdekat untuk solat maghrib dan isya’. Dan sampai ke rumah lebih kurang jam 9
setengah malam.
Bahagia rasa dapat mandi selepas berhempas-pulas berperang
dengan akaun syarikat.
Diam Aisyah menggugat kebahagiaannya.
“Aisyah..,” Lutfi menekan suara.
“Hmm..,” khusyuk la konon mengelap rambut suami.
“Marah abang lagi ke?”
“Tak pun,” jawabnya toya.
Lutfi menyambut tangan Aisyah, memaksanya untuk berhenti
buat-buat khusyuk.
“How’s the children?” lembut Lutfi bertanya tentang
pelajarnya.
Dia mengangkat bahu.
“You mad at me,”
Lutfi membuat konklusi sendiri.
Dia menarik nafas berat. Menghembus perlahan. Malas nak gaduh.
“They’re better than I thought. Mula-mula nampak macam susah
nak bentuk, tapi lama-lama, bila dah ‘masuk’ dengan diorang, mudah juga
sebenarnya. Cuma jentik salah mereka dan cuba kait dengan logik kemanusiaan and
then slowly, kenalkan diorang dengan Islam as a way of life,”
“Then ‘bout that Sofia girl?” tanyanya lagi.
“She’s a lot better than everyone else. Makin lama makin
nampak kenapa Allah suruh bersangka baik and Allah warning sebahagian sangka
buruk tu dosa,” lancar dia menutur.
“Esok dah habis mengajar kan? Tell me then apa yang Aisyah
dapat time terima tawaran ni?” Lutfi bartanya lagi. Walau jelas nada Aisyah
tidak menunjukkan minat untuk terus berbual.
“I’m not even approve this task,” gumamnya kecil. Makin rimas
tangannya masih digenggam tangan Lutfi.
Lutfi ketawa kecil.
“Sorry. Well, tukar soalan. Apa pandangan Aisyah pada student
Aisyah sekarang?”
Dia mendengus kecil. Malas la nak sembang-sembang ni.
“Diorang muda lagi. Banyak ilmu, tapi fikiran tak terbuka. Tak
mampu berfikir jauh, tak mampu fikir luar kotak. Tak mampu fikir dari sudut
banyak sisi. Yes they have a long way to go, but that’s what make you someone. We
as a teacher, just have the power to lead them kenal Allah dari segala sudut. Tak
mampu nak paksa diorang terima dan setuju dengan apa yang kita bawa. Full stop.”
Senyum. Lutfi merenung Aisyah. Lama.
Aisyah jelas terasa.
“Aisyah marah dekat abang lagi ke?” lembut Lutfi bertanya.
“Nak tidur,” jawabnya tegang.
“Sorrylah,” lembut dia meminta maaf.
“Penatlah hari ni,” nampak sekali macam biasa. Pandang dua
kali macam terasa. Heh.
“Abang kene buat kerja dua kali ganda untuk cover dua minggu
abang cuti nanti. Tu yang semedang kerja tak berhenti. Sorry kay,” pujuk Lutfi.
“Ngantuk,” malas nak layan sorry-sorry ni.
“Aisyah..,” lembut lagi. Mana tak cair jiwa perempuannya?
Dia mendengus. Marah.
“Dah tau banyak kerja yang cuti lama-lama tu siapa suruh?”
gumamnya perlahan. Marah.
“Sebab nak spend time dengan Aisyah la. Kita bukan kenal
pun. Nakla juga abang tau Aisyah suka warna apa, suka makan apa, suka buat
apa. Nakla juga abang jalan-jalan dating-dating dengan Aisyah dari pagi sampai
petang, makan aiskrim sama-sama, gaduh nak anak berapa ke apa ke. Itu yang lama
sikit,” Lutfi menerang satu-persatu. Dengan sengih-sengih manja macam nak kene
tumbuk sekali.
Dush. Kene sekali tunjal kepala.
Merajuk je pandai. Bukan nak memahami. Suami sendiri kot.
“Janganla marah abang lama-lama. Memangla nampak comel, tapi
lagi cantik kalau tak marah abang. Rasa tenang je hati ni. Damai rasa ada orang
soleh-solehah yang selalu dekat dengan abang. Dekat pejabat tu soleh
belaka. Ganas pun ganas jugak, tapi mendamaikan hati je tengok,”
“Dekat rumah pun nak macam tu la, gangster pun gangster
gak…,”
Lalu ditarik perlahan Aisyah ke dalam pelukan. Diusap kepala
sang isteri penuh kasih.
“Tapi menenangkan hati la bila abang tengok..,”
Diam. Agak lama.
“Lah janganlah menangis,” Lutfi ketawa. Lawak tiba-tiba
dadanya basah dan Aisyah yang sedaya tahan sedu.
Dush!
Aduh!
“Sakitlah Aisyah. Gangsternya ‘penenang jiwa’ abang ni. Kene
cari ‘penenang jiwa' lain ke ea?” Lutfi tersengih.
Aku lah Lutfi ni, tak pasal dua minggu masuk wad karang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Jadi untuk kelas terakhir ni, saya nak minta maaf pada
kalian kalau ada terkasar bahasa. Especially to you Rauf, Hamdan and Malik. If I
hurt you deep, may the three of you forgive me. Tapi jangan nak try jadi jahil
balik, kalau ‘ter’jadi, hope there’s someone that’ll lend their hand to help you
get out from the circumstances,”
“Untuk kalian yang selalu try hard bersabar dengan perangai
gila-gila saya, terima kasih. Untuk kalian yang walaupun muka macam nak kene
tumbuk tapi deep in your heart, you’re listening to my lecture, terima kasih. Untuk
kalian yang cukup percaya pada saya dan mencari saya jika perlukan nasihat dan
bimbingan, terima kasih banyak-banyak. Tak terkata terima kasih saya saya pada
kalian,”
Sunyi.
Muka macam biasa je semua. Aik, tunjuk la sikit muka sedih aku
nak pergi kot.
“So, sebab dah habis kelas kan, sesiapa yang nak keluar kelas
boleh keluar. Sesiapa yang nak tanya soalan, boleh tanya soalan,” Aisyah
menghadiahkan sebuah senyuman kepada pelajarnya. Aku yang sedih, padahal dulu aku
yang taknak kelas ni. Heh.
Bunyi buku dimasukkan ke beg kedengaran. Ada yang bersedia
untuk bangun, ada yang bersedia untuk
bersembang dengan rakan sebelah, ada yang sudah pun tercari-cari kunci
motor di dalam beg sandang, tetapi semuanya diam apabila ada yang bertanya.
“Ustazah, ustazah ambik engineering dekat mana dulu?”
Diam. Biasa la tu nak tau lecturer belajar mana.
“Saya bukan course engineering, saya Bahasa arab,”
“HA!!!” satu kelas mengeluarkan bunyi yang sama.
“Giler ah,” bunyi yang sama lagi.
Keningnya terangkat. Bila masa diorang ni bersatu
padu? Biasanya bertikam lidah.
“Tak silap la kami panggil Ustazah selama ni. Macamana
Ustazah boleh ajar subjek enginering?” Hamdan.
Aisyah angkat bahu.
“Saya tak mahir seluruh ilmu kejuruteraan. Subjek ni
satu-satunya yang saya mahir sikit,”
“Habis tu macamana ustazah boleh jawab semua soalan kami?”
Asyraf. Beria nak tau.
Sengihnya terkoyak. Ini lawak. Tapi bijak giler hantu tu.
“Sir Luqman predict soalan kamu. Then dia sediakan jawapan
yang paling mudah saya faham, saya cuma kene study je,”
Riuh sekelas.
“Jap jap, tapi kenapa ustazah yang jadi. Maksud saya, bukan ada
yang lebih pakar ke dalam subjek ni? Memangla ni antara subjek yang mudah. Tapi
dari lapangan Bahasa terjun ke Jurutera. Itu rare namanya,”
Kata-kata setuju bergema.
Aisyah berkerut dahi. Cuba memberi jawapan mudah.
“Hmm, senang cakap, kamu tau kan Sir Luqman tu unpredictable?”
Angguk satu kelas.
“Yelah, tengah-tengah mengajar symbol dalam litar, tiba-tiba
keluar Revolusi Perancis dalam kelas dia. Memang unpredicrable la kan?”
Angguk.
“So dia buat something yang unpredictable lagi. Dia ambik
master dan mengambil ‘people environment’ sebagai tajuk thesis dan kamu sebagai
salah satu bahan ujikaji. Kalau kamu perasan, kelas kamu majoritinya berfikiran
prejudis. jadi dia nak tengok apa respon kamu kalau yang mengajar kamu adalah orang
yang seperti saya, tudung-jubah ni. Tapi dengan luaran yang kamu tak suka, cuma
ada ‘ilmu’ yang kamu cari,”
“Cumanya, matlamat sebenar Sir Luqman bukan kamu mahir subjek
ni. Tapi apa reaksi kamu dengan orang yang ‘bawa’ subjek ni. Bagaimana
personaliti dia, bagaimana dia cuba menarik perhatian kamu, bagaimana kamu
memberi respon pada satu figure yang kamu tak suka, tapi kamu terpaksa senyap
berkubur dengan sikap prejudis kamu lantaran kamu sebenarnya bersetuju akan
orang yang kamu benci punya ilmu yang kamu cari,”
Nganga.
Err, susah kot ye nak faham.
Kan aku cakap, banyak ilmu tapi tak faham banyak pun.
“So akhirnya, dia ajar saya supaya benar-benar mahir dalam
bidang ni,”
“Soalan kenapa ‘saya’. Saya tak pasti nak jawab macamana, tapi
Sir Luq kata, ’takde orang yang lebih gila yang lebih mampu buat kerja gila ni
lebih dari kau’. Rasanya tu yang dia cakap,”
Nganga. Lagi.
“Ehem. Apa-apalah je lah. So ustazah ni budak Mesir la?” Mariam. Baris
ke tujuh beli kiri.
“Tak,” berkerut dahinya. Sekali tengok pun dah tahu aku
belajar kat mana.
“Ustazah belajar kat Malaysia ke?” Rauf. The one yang selalu
kene sound deep dengan aku.
“Tak,”
“Habis tu?” sekelas bertanya. Tak betah diam.
“Saya belajar dekat UK,”
“Tipu,” padu sekelas menolak.
Lah. Dah kenapa aku nak menipu?
“Betulla. Di Ibnu Sabil Institute,”
“Kami tak percaya,” bersatu padu diorang membangkang.
“Habis tu saya dapat fluent english ni dari langit terus
jatuh bergolek ke?” keningnya diangkat sebelah. Bertanya.
Diam sekelas.
“Okaylah. Stop to that point. Ustazah, suami ustazah antara
yang buat modul siswa siswi tu kan? Tapi saya dengar dia banyak pegang akaun
syarikat. So Ustazah jumpa dia dekat UK la?”
“Cewah,” sekelas lagi.
“Tak. Dia ambik Syariah dekat Jordan,”
“Eh!!” terkejut.
“Dah tu, macamana boleh jadi akauntan kalau budak
syariah? Macamana boleh kahwin kalau tak pernah jumpa?” Zaki. The thinker.
“Syarikat sendiri, kene banyak buat kerja sendiri. Lepas tu
dia serasi dengan urusan keluar masuk duit, so takde masalah pon. Sebab kerja
sendiri, tak perlu sijil degree bagai. Dia cuma kene ada kemahiran yang mantap. Of
course la suami saya mantap. And…,”
Dia memotong sebelum sempat pelajarnya menyakat.
“Kami kahwin sebab mak ayah yang suruh,” sengihnya.
Bising kelas menyakat ustazah mereka.
“Sebelum saya lupa, ini hari terakhir saya jumpa kamu ye,”
“Tau je ustazah, Sir Luqman ada bagitau. Tapi apa sebenarnya
kerja ustazah?” Malik.
“Saya? Saya penterjemah Bahasa. Buku yang membina
jiwa, sebolehnya saya terjemah ke dalam Bahasa yang masyarakatnya boleh menerima
input yang baik itu,”
“Bahasa ke bahasa Melaysia?” Rauf.
Geleng.
Geleng.
“Bahasa Arab, Inggeris, Perancis dan Jepun ke Bahasa Melayu,”
"Tipuuuuuu!!!!" satu kelas tak boleh terima hakikat.
"Tipuuuuuu!!!!" satu kelas tak boleh terima hakikat.
Nampak macam biasa-biasa, tapi luar biasa.
Heh. Dia sengih.
"Nak bawak Islam kan, kenelah rare," balasnya mudah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tok tok tok.
Aisyah terus membuka pintu pejabat Luqman selepas mendapat kebenaran masuk.
"Ni folder pemerhatian aku. Aku letak sini," Aisyah meletak pendrive di meja berdekatan pintu.
"Salam mana salam?" tanya Luqman tanpa mengangkat muka dari skrin komputer riba.
"Makruh la bagi salam pada orang yang tengah sibuk buat kerja. Kay, aku gerak dulu," katanya sambil menutup pintu.
Luqman mengangkat kepala sambil merenung pada pintu yang tertutup di hadapannya namun kembali menundukkan kepala apabila Aisyah membuka pintu buat kali kedua.
"Diorang kata kau sakit. Jaga kesihatan weh. Makan tu jangan lupa. Kau tu selalu sangat lupa nak makan tu yang boleh sakit. Kau dengar tak ni?"
"Ha?" Luqman tak dapat menangkap apa yang dikatakan Aisyah.
Aisyah mendengus. Pendrive yang tadinya diletak di meja berdekatan pintu diambil lalu diletak di tepi papan kekunci komputer Luqman. "I bet you did'nt even hear I put this at that table. Jaga kesihatan. Aku pergi dulu," Aisyah berlalu sambil menutup pintu.
Luqman mengeluh perlahan. Dia meletakkan pendrive yang ditinggalkan Aisyah di balang Assignment Experiment.
"I can't even look at you, how can I hear your words?"
Dulu, satu masa dahulu…
Aisyah terus membuka pintu pejabat Luqman selepas mendapat kebenaran masuk.
"Ni folder pemerhatian aku. Aku letak sini," Aisyah meletak pendrive di meja berdekatan pintu.
"Salam mana salam?" tanya Luqman tanpa mengangkat muka dari skrin komputer riba.
"Makruh la bagi salam pada orang yang tengah sibuk buat kerja. Kay, aku gerak dulu," katanya sambil menutup pintu.
Luqman mengangkat kepala sambil merenung pada pintu yang tertutup di hadapannya namun kembali menundukkan kepala apabila Aisyah membuka pintu buat kali kedua.
"Diorang kata kau sakit. Jaga kesihatan weh. Makan tu jangan lupa. Kau tu selalu sangat lupa nak makan tu yang boleh sakit. Kau dengar tak ni?"
"Ha?" Luqman tak dapat menangkap apa yang dikatakan Aisyah.
Aisyah mendengus. Pendrive yang tadinya diletak di meja berdekatan pintu diambil lalu diletak di tepi papan kekunci komputer Luqman. "I bet you did'nt even hear I put this at that table. Jaga kesihatan. Aku pergi dulu," Aisyah berlalu sambil menutup pintu.
Luqman mengeluh perlahan. Dia meletakkan pendrive yang ditinggalkan Aisyah di balang Assignment Experiment.
"I can't even look at you, how can I hear your words?"
Dulu, satu masa dahulu…
“Syeikh, kau bukan nak buat thesis pasal psikologi manusia
ke? Apahal fikir banyak pulak. Buat je la, kan senang,” Ridzuan pelik melihat
Luqman yang sedang meletak dagu di atas buku klasik perancis, Le Petit Prince
karangan Antoine de Saint, dalam keadaan muram.
Berat hela nafasnya keluar. Luqman bangkit, duduk dengan
selesa di kerusi. Rautnya jelas kusut memikirkan thesisnya yang satu itu.
“Aku rasa aku nak postpone dulu la thesis tu. Thesis kali aku
nak buat pasal bidang yang aku pakar je la,”
“Dah tu kenapa kusut?” Rasyid bertanya sambal berhati-hati
mengacau cappuccino di mugnya. Risau tumpah melimpah di café ini.
“Sebab aku still nak buat tapi susah sikit. Aku bukan nak buat kajian pasal psikologi
manusia, tapi khusus pada respon orang buta agama, yang melihat agama bukan
apa-apa tapi bila dia jumpa satu teladan yang betul-betul masuk jiwanya, dia
nampak yang agama kita ni bukan sempit satu kotak. Tapi luas satu alam,”
Sunyi.
“Kau kalau nak buat kerja yang simple-simple tak boleh ke?”
Anna, bakal engineer Malaysia mengomel tentang perangai luar alam Luqman. Otak
terlebih geliga ni susah gak kan.
Luqman mengangkat bahu. Lemah.
“Aku bukan apa, aku tinggal kat Malaysia 20 tahun, tak faham
kejadah apanya Islam tu. Jejak negara kafir, baru jelas terang apa Islam yang
sebenarnya. Malah sakit hati pula kenapa kawan-kawan kita yang non-muslim boleh
ada nilai Islam. Yang Islam toksah cakap la, nampak gila jalan penyebaran Islam
dia dengan akhlak dan ilmu. Korang tak rasa ke apa aku rasa,” Luqman membocorkan
rasa hati.
“Apa pula tak rasanya. Tapi apa yang cuba kau sampaikan? Aku
tak faham,” Rashid bertanya.
Angkat bahu. Entah.
“Aku tak tahu. Tapi aku macam nak buat kajian pasal
Islam, melalui akhlak yang baik dan ilmu yang mantap, ilmu yang diserap dalam
Quran dan diaplikasi dalam kehidupan seharian ni, mampu untuk merawat buta agama
dalam kalangan masyarakat kita,”
“Nak tunjuk pada masyarakat kita yang buta tu, tentang agama
bukan pada masjid dan surau, usrah atau tazkirah. Tapi dari segenap sudut
kehidupan seharian. Dalam makan kita, dalam belajar kita, dalam bercakap dan
sebagaimana. Semua tu, berkait dengan Islam. A way of life,”
Rashid, Ridzuan, Hamdan senyap.
Anna, Maisara, Aisyah tak berkata sepatah.
Mereka bertujuh selalu berkumpul. Saling menyelesaikan
masalah. Saling membantu andai jatuh dan sokong andai utuh.
Seperti sebuah keluarga.
“Maksud kau, macamana nak tunjuk yang Allah tu ada dalam
setiap perbuatan kita?” Aisyah memecah sunyi mereka.
Luqman merenung Aisyah. Macamana dia boleh faham jelas apa
yang cuba aku sampaikan?
Dia mengangguk.
“Cuba buat macam ni. Kau cari sorang teladan yang nampak
‘Islam’, letak dia dekat satu kumpulan yang ‘buta’ agama, then kaji respon
dia. Tapi kene ramai la. Kerja pun banyak sikit. Tapi aku rasa berbaloi kalau kau
betul-betul nak kaji,” Aisyah memberi pendapat.
“Maksud kau ramai tu macamana?” Maisara bertanya.
Aisyah berfikir sebentar, cuba memudahkan penyampaian.
“Maksud aku, teladan tu, cari dalam dua, tiga orang. Kumpulan
pun cari dua tiga la,” Aisyah menghirup perlahan jusnya. Jam dikerling, dah
lambat. Itu baru kajian namanya. Tak buat ‘satu’, tapi dua tiga.
“Meh sini buku tu,” Aisyah meminta buku klasik perancisnya
yang berada pada Luqman. Dia bangkit dari kerusi, tangan dihulur. Bersedia untuk
menerima huluran Luqman di balik meja sebelah sana.
Mereka tahu benar Aisyah tidak betah berlama-lama berkumpul
tanpa urusan penting. Sebab perjumpaan ini pun kerana ingin berbincang tarikh
pulang ke Malaysia bersama-sama untuk cuti musim panas.
Kecuali Luqman, Anna
dan Ridzuan. Mereka sudah habis pengajian.
Luqman diam
sejeda. Merenung buku itu lama lalu lambat menghulur ke arah Aisyah.
“Kau tau kan susah kajian aku nanti. Walau aku tak tau bila
aku nak buat thesis tu, aku akan usaha juga untuk buat thesis ni,” Luqman
berbicara hati ke hati dengan Aisyah.
Aisyah mengangkat kening. Kenapa pulak ni?
“Boleh tolong aku kalau aku perlukan bantuan kau dalam
menjayakan kerja luar alam ni?” Luqman bertanya Aisyah. Mengharap.
Terkoyak sengih Aisyah.
Dia faham kenapa Luqman tersangat mahu menjayakan teorinya
berkenaan Islam. Kerana Luqman telah merasai jernihnya rasa bahagia dengan
suasana masyarakat bertamadun. Tanpa dengki, penuh kasih sayang dan
hormat-menghormati. Dan ia menjadi lebih istimewa jika semuanya bersandar pada
satu tujuan.
Kerana Allah.
Mereka kenal Allah di bumi non-muslim. Dan itu yang menolak
Luqman untuk mencuba sesuatu dari lapangannya untuk menyebar kemanisan apa yang
sedang mereka rasa hari ini ke dalam masyarakat mereka. Malaysia.
“Kalau kau nak ajak orang kenal Allah, takkan aku tak tolong
bai?” jawabnya sambik menyambut huluran buku dari Luqman.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini….
Luqman menyemak lambakan kertas dia atas mejanya. Assignment
pelajar, laporan kerja pensyarah, lakar peta minda subjek-subjek killer
university lalu matanya jatuh pada fail tebal kandungan thesisnya. Nafasnya
dihela perlahan. Badannya disandar ke kerusi.
Penat. Nak terjatuh sendi dengan kesibukan yang menghempap
bahu.
Makin rasa memberat tanpa ‘keluarga’.
Kata mereka, bukan orang tak nak padanya, cuma dia yang
terlalu sibuk untuk sedar yang dia diminati. Akhirnya, tak berkahwin walau umur
sudah mencecah lebih 30 tahun.
Heh. Bukan tak nampak, tapi ada yang lebih menawan hati.
Matanya dipejam. Dia selalu kalah dengan Aisyah.
Dengan ilmunya. Dengan hatinya. Aisyah selalu terkehadapan.
Berbulan lamanya dia mencari idea bagaiman mahu melaksana
kajiannya. Ada matlamat tanpa jalan sukar juga untuk mencapainya. Namun bagi
Aisyah, hanya sekali dengar masalahnya, sudah mampu memberi jalan keluar.
Lalu bagaimana hatinya tidak tertarik?
Heh.
Kononnya mahu merisik Aisyah selepas habis kajiannya. Kerana
dia tahu Aisyah tersangat sibuk dengan terjemahan kitab-kitab fiqh moden selari
dengan kesibukannya merangka plan bagi menjayakan kajiannya. Katanya mahu berehat
selepas bersilat dengan Bahasa Arab yang memeningkan kepala.
Belum pun sempat habis, sudah dirisik orang.
Senyumnya terkoyak. Lemah.
Sakit dalam jiwa, tak usah dikata.
Dia memejam mata. Menghela nafas berat lalu menghembusnya
perlahan.
Bukan seminggu dua dia menyimpan niat untuk menyunting
Aisyah.
Allah.
Senyumnya kekal menghias wajah. Matanya perlahan-lahan
dibuka.
‘Kau tunjukkan cinta-Mu, pada hamba hina sepertiku dengan
menghadirkan srikandi wasilah pelerai masalah. Lalu kau tunjukkan lagi cinta-Mu
dengan mentakdirkan dia bukan di sisiku. Dan sesungguhnya, kau lebih tahu rajukku
dengan takdir aturan-Mu ini,’
‘Maka wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan Langit dan
Bumi, sebagaimana Kau balikkan hatiku cenderung kasihkan dia, maka balikkanlah
hatiku cenderung lebih mengasihi aturan takdir-Mu. Supaya aku tidak berpaling
dari rahmat-Mu,’.
“Aku merayu di atas nama-Mu yang Maha pengasih dan
Penyayang,” bisiknya perlahan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tepi pantai…
Aduh, syahdunya tengok pantai-pantai ni. Teringat Aqabah la
pula. Apa khabar agaknya Jordan hari ni? Sihat ke idok tak tau. Lutfi bermonolog
dalam hati.
“Abang, jom kita lari sampai sana. Kita tengok siapa yang
hebat,” Aisyah menunjuk pada ranting kayu patah lebih kurang dua puluh meter
daripada mereka.
Lutfi mengangguk. Setuju.
Aisyah sudah bersedia.
Heh. Ana ni bukan atlet ustaz, tapi orang kata kalau kita
bersungguh-sungguh, kemungkinan untuk berjaya tu besar. Aisyah memfokuskan
pandangan ke arah ranting itu, garisan penamat mereka.
“Apa lah Aisyah ni. Mesti lah abang yang hebat. Tak payah
lumba pun tahu,” kata Lutfi tiba-tiba.
“Aish. Mana aci macam tu. Kene la ada bukti untuk dibuat hujah
atas kehebatan seseorang tu,” Aisyah membangkang keras.
Lutfi ketawa.
“Aisyah ni kalau guna bahasa mudah tak boleh ea. Tau la orang
sastera, janganla dengan abang pun nak guna bahasa-bahasa power macam tu,”
Matanya dicerlung ke arah suami.
‘Abang…,’
Seakan faham maksud jelingan maut isterinya. Dengan tawa
bersisa mereka mula berlari selepas kiraan tiga oleh Aisyah.
Di hadapannya kini Aisyah sedang ketawa suka. Dia yang sampai
dahulu ke ranting kayu itu.
Lutfi ketawa melihat sisi keanak-anakan isterinya yang ganas
lagi gangster itu.
Manja. Makin melimpah kasihnya buat wanita yang ‘tup-tup’
jadi isterinya ini.
“Aisyah dah agak yang Aisyah menang,” kata Aisyah dengan
senyuman penuh bangga.
Terkoyak sengih Lutfi.
“Abang tak kalah,” Lutfi bersungguh menyatakan
kemenangannya.
“Mana ada. Abang kalah. Aisyah yang sampai dulu dekat sini,”
kata Aisyah membantah.
“Abang lambatkan kaki berlari sebab nak biarkan Aisyah menang,”
kata Lutfi tak mahu kalah dalam permainan ‘anak-anak’ itu.
“Tapi Aisyah yang sampai dulu,” kata Aisyah.
“Kan itu yang sepatutnya,” kata Lutfi.
“Sepatutnya apa?” tanya Aisyah.
“Sepatutnya kemenangan main lari-lari dimenangi oleh Aisyah,”
jawab Lutfi mudah.
Tak faham.
“Maknanya abang approve la kan Aisyah menang, abang kalah,”
tanya Aisyah lagi.Polos.
Lutfi geleng.
“Habis tu?” Aisyah buat muka merajuk. Dia selalu kalah
berlawan kata dengan Lutfi.
“Aisyah memang menang. Tapi abang tak kalah,” Lutfi meregang-regangkan
badan.
“Kenapa?” Aisyah pelik.
“Sebab abang ikut sunnah. Memenangkan isteri dalam main
lari-lari. Mana ada sunnah yang ‘kalah’,” katanya mudah.
Aisyah memandang tak percaya kepada suaminya. The what?!
“Nak main round kedua tak?” tanya Lutfi tiba-tiba.
“Kenapa tanya tiba-tiba?” Aisyah musykil. Matanya mengecil
memandang Lutfi.
“Sebab dulu nabi menang main lari-lari dengan isteri
tercinta kali kedua,” Lutfi tersengih. Badannya sudah pun diregang. Bila-bila
masa boleh mula berlari.
Dush!
“Sunnah apanya gitu?! Menyakitkan jiwa raga orang je!” geram
Aisyah pada Lutfi yang pandai menyakitkan hati dia.
Peliknya, pandai pula sang suami meredakan rajuknya.
Adoi. Semenjak dah kahwin ni, selalu je merajuk. Tak faham
kenapa. Nak kata tak cukup kasih sayang, takde la pulak. Melimpah je kasih sayang
orang sekeliling aku. Dah kenapa aku ni?
Lutfi ketawa. Aisyah selalu memukulnya jika perangainya
menyakitkan hati. Setahun dua ni, mau lunyai aku dipukul isteri. Kakinya laju
mengejar Aisyah yang berlalu pergi menjauhinya.
Dia menahan isterinya.
“Sorrylah kay,” lembut. Walau ada senyum yang serupa mahu
kene sekeh kepala.
Aisyah memandang tempat lain. Malas nak layan.
“Aisyah, abang minta maaf kay,” lembut suara suami menyapa
sepasang telinganya. Dah kenapa aku tiba-tiba rasa cair ni.
Diam.
“Aisyah, abang bagi Aisyah menang sebab abang tak nak
cemarkan sejarah. Bukan ke Aisyah, Ummul Mukminin kita menang main lari-lari
dengan Rasulullah dulu?” Lutfi lembut memujuk. Main lari-lari pun boleh gaduh
ea? Manja la isteri aku ni.
Sepi lagi.
“Ok lah macam ni. Lepas ni abang takkan bagi Aisyah menang,”
Lutfi tersengih dengan lawaknya sendiri.
Aisyah mendengus. Lawak sangat la tu?
“Then how about this? Abang belikan aiskrim sundae, Aisyah
suapkan abang,” Lutfi melipat sedikit lipatan muka tudung labuh isterinya
sambil memujuk terus isterinya yang merajuk.
“Siapa entah nak suap dia makan? Makanlah sendiri. Allah bagi
tangan free pun tak nak guna,” Aisyah mengomel sendiri.
Lutfi ketawa.
Habis sisa tawanya,dia merenung lama seraut wajah Aisyah
yang merajuk.
“Sayang suapkan abang makan ea?” mintanya
lembut, memujuk. Senyumnya tak lekang. Takkan nak buat muka serius? Mau dia rempuh
aku tak nak tengok muka aku dah lepas ni. Heh.
Aisyah geram. Kan aku dah kata. Dia ni heaven sweet talker
la. Romeo punya orang.
“Aisyah nak yang paling besar,” katanya perlahan. Nada
marah. Konon.
Ha. Kan mudah tu. Habis dah merajuk tu.
Lutfi mengangguk sambil tersenyum.
Dia menarik Aisyah supaya merapatinya lalu membenamkan
hidungnya di pelipis kanan isterinya.
“Okay,” katanya mengiyakan kata isteri.
“Kita beli besar punya,” sambungnya lagi sambil berjalan
santai menuju ke arah kereta. Cadangnya mahu ke mall selepas solat jamak zohor
dan asar untuk makan tengahari dan berjalan dating-dating sampailah petang.
Heh.
Aiskrim yang penting tu.
Lutfi berhenti. Sedar Aisyah tidak turut berjalan beriringan
dengannya.
Tersengih lagi dibuatnya. Ada sisa rajuk yang perlu dihapus.
Tanpa memandang belakang, Lutfi menghulur tangannya minta
disambut.
Aisyah yang sengaja berjalan agak jauh dari Lutfi terpandang
tangan yang minta disambut itu.
Ceh. Tahu je masih bersisa rajuk di jiwa.
Cepat kakinya melangkah ke arah suami. Tangan yang
dihulur, disambut kejap.
Lutfi tersenyum.
Aisyah tersipu.
‘Allah, mengenali-Mu itu bagaimana sebenarnya? Cukupkah dengan
mengecap sekepal bahagia lalu berpuas hati lantas bersyukur sujud kepada-Mu? Jika
hanya itu, maka sebagaimana dalam kekuasaan pengetahuan-Mu aku sedang
bahagia. Segala puji bagi-Mu yang memberi ketenangan padaku dan isteriku,’
‘Tapi aku tahu dengan ilmu yang Kau pinjamkan ini, bahawa
Engkau jauh lebih dari itu. Betapa aku mohon jika bahagia ini mendekatan aku
pada-Mu, maka bahagiakanlah aku. Dan jika bahagia ini menjauhkan aku dari-Mu, moga
kau angkat bahagia ini dan campakkan redha dan rahmat kepada aku dan isteriku,’
‘Takdirkanlah kami dengan sebaik-baik takdir. Bahagia tanpa
redha-mu adalah sia-sia. Maka redhailah kebahagiaanku dan isteriku,’
Have faith in Islam,
Fikirfarhan.
Terima kasih kerana membaca.

No comments:
Post a Comment
Drops your comment here ~
Suka untuk aku tekankan, komen hendaklah yang membina dan perlu menggunakan bahasa yang baik. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda!