Bismillah dan Salamullah Alaikum.
Aku masih ingat, seawal 6:45 pagi, emak sudah menggesa aku - kalau aku ada berdekatan - supaya membuka luas sliding door di rumah kami untuk menyambut seorang bapa yang menghantar anak kecilnya. Aku tak pasti rumahnya di mana, tapi agak jauh. Dan dia seorang bapa kurus yang membonceng anaknya yang mamai dan terpinga-pinga di atas motosikal. Budak tu hatta masih dengan baju tidurnya, dan kamilah yang akan menukar ke baju uniform PASTI nantinya.
Lalu bapa itu terus ke tempat kerjanya, yang lebih jauh dari jarak rumahnya ke PASTI kami.
6:45 pagi.
Langit pun masih gelap, sahabat.
Kau buat apa masa tu?
Hidup terlalu singkat untuk tidur selepas subuh nak. Bangunlah. Haha.
Lalu satu demi satu ibu bapa datang. Anak-anak yang merengek di depan ibu bapa lalu boleh je diam gelak-gelak apabila ibu bapa pergi, anak-anak yang meraung sekuat hati bergelut tidak mahu melepaskan ibu mereka, dan anak-anak yang ketawa riang menyambut rakan-rakan yang sudah tiba di ruang tamu rumah aku. Ini melodi dan lagu aku pagi-pagi sahabat.
Aku suka.
Walaupun aku hanya duduk di sofa sambil membaca Harry Potter And The Prisioner of Azkaban. Aku suka melodi pagi hari aku.
Aku langsung kekok kalau mahu diminta tolong dengan kanak-kanak berhingus tu.
Tapi mak selalu suruh aku naik mengajar di kelas enam tahun. Kau tak boleh memberontak nak. Your mother's word is a law. Dan aku akan mengajar mereka muqaddam dan bahasa arab. Membezakan antara mak sedara sebelah ibu dan bapa saudara sebelah ayah. Aku tak pasti kenapa ada silibus ni, tapi aku agak pihak atasan nak budak-budak ni ambik syariah bila besar dan belajar wasoya (baca : pembahagian harta) lalu membantu kawan-kawan mereka yang sakit kepala dengan pembahagian harta di Malaysia.
Haha.
Paling aku takut, apabila aku mencadangkan cerita-cerita Jepun yang membina seperti Kamen Rider OOO, atau Kamen Rider W, mereka menggeleng kepala seraya mencadangkan cerita lain pada aku.
"Ummu suka tengok cerita I Love You Mr, Arrogant tak?"
"Ummu tengok cerita Sebenarnya Saya Isteri dia?"
Aku masih ingat, betapa aku terkelip-kelip dan terdiam sedang otak sedang mencari-cari ayat sesuai untuk memberi respon.
"Bukan kamu semua sepatutnya tengok cerita Spongebob Squarepants ke? Budak-budak mana boleh tengok cerita macam tu," balas aku.
Seorang pelajar menggeleng.
"Boleh la Ummu. Dia kata kanak-kanak di bawah usia tiga belas tahun perlu bimbingan ibu bapa," Umar Abdul Aziz.
Sahabat...
Kau ada bimbingan ibu bapa?
Aku gelak krik krik masa tu. Aku takut weh. Aku takut gila. Aku fikir 'Oh aku dah sampai zaman ni rupanya,'
I Love You Mr. Arrogant?
Sebenarnya Saya Isteri Dia?
Kau boleh gelak. Aku pun gelak jugak masa tu. Kalau aku cerita pada kawan-kawan pun aku akan gelak. Tapi mudahnya kita mengambil berat hal ehwal masyarakat kita. Khususnya hal ehwal budak-budak berhingus ni. Belajarlah nak, biar engkau boleh membaiki masyarakat ini dengan kemampuanmu.
Eh, apa tiba-tiba ni?
Dan aku paling suka melihat Emak atau Ummu-Ummu membancuh susu dalam botol, tak kurang dari sepuluh atau lima belas botol. Usai bancuh, botol-botol tersebut akan diletak di dalam besen lalu diletak atas tangga -anak tangga kedua atau ketiga-. Budak-budak comot di ruang tamu rumah aku akan berbaris membaca doa makan, dan mengambil botol susu masing-masing. Dan baring di tilam yang disediakan.
Kalau budak baru, Emak akan suruh member sebelah tolong.
"Ini susu awak. Eh silap, ini susu Auni. Jap, ni susu awak. Tidur kat sini. Tidur kat sini saya cakap!"
Amboi, garangnya. Dengan suara macam nak minta peluru M16 melekat dekat dahi, mampu mencairkan hati-hati yang mendengar. Acewahh.
Sesiapa yang masih sedar, mereka akan bangun terkedek-kedek meletak botol susu kosong di dalam besen tadi. Siapa yang dah wassalam, yang sedar mamai ala-ala mengigau ni lah yang perlu bertolak ansur. Dan PASTI kami akan berada dalam mode tenang.
Sehingga jam 3:30 petang nanti, akan kembali bergegar. Haha.
Haru weh. Haru.
PASTI kami melabuhkan tirai lebih kurang jam 7 petang. Anak-anak syurga (dah balik baru panggil anak Syurga) akan berdikit-dikit pulang. Ummu-Ummu yang kepenatan kekal melayan kerenah ibu bapa yang 'kenapa anak saya macam kene gigit nyamuk dekat belakang lengan ni?' dengan senyuman. Dan memberi keterangan semampu mereka.
Lalu selepas Ummu-Ummu sudah pulang, pintu dan langsir rumah aku pun sudah bertutup, aku menarik nafas lega. Sebelum berpusing menghadap dua beradik...
"Tinggal engkau berdua je lagi,"
Ibu dan ayah mereka akan mengambil mereka pada jam 8 atau 8:30 malam. Kerana kekangan kerja. Kedua ibu bapa mereka arkitek. Hantar awal pagi, sekitar jam 7 atau 8, lalu mengambil mereka lewat begini. Mereka akan dikenakan yuran tambahan, tapi bukan itu yang mahu aku kongsi.
Mereka sunyi.
Bila mak ayah kau nak masak kalau balik lewat malam begitu? Aku masih ingat setiap hari Isnin mereka berdua akan menjaja cerita kepada kawan-kawan dan Ummu-Ummu bahawa mama papa mereka memasak untuk mereka pada hari Sabtu dan Ahad. Kau tau apa aku rasa? Sakit weh, sakit. Bukan adik-adik aku pun, tapi mencucuk sampai ke hati sakit dia.
Tapi budak berdua ni nakal, aku tak cakap depan la aku kesian dekat diorang. Hehe.
Malamnya apabila hanya ada aku dan keluarga, sesi tengking-menengking akan bermula. Ada je tak kene adik-beradik bawah-bawah aku ni. Dan sesi adik-adik aku berdrama buat-buat tak ada kerja sekolah. Sesi 'pergi berus gigi' sebelum tidur pun memenatkan kepala lutut aku. Seribu satu sesi lagi yang aku dan Mak aku kene counter.
Tak tambah lagi..
Adik-adik yang tiba-tiba menangis tengah-tengah malam. Lepas sorang, sorang menangis. Sorang pulak tiba-tiba mengigau sembang dengan member mengganggu tidur adik yang tadi menangis, kene dodoi balik, tidurkan untuk kali ke berapa pulak.
Sebelum subuh esoknya, sudah mendengar dentingan kuali dan sudip serta aroma tumisan bawang dari dapur. Seraya aku bangun, perlu pula aku membetulkan sudut tidur mereka yang berterabur. Kaki kau dekat kepala aku, kepala aku dekat perut kau, dan terkeluar jauh dari medan tilam.
Dan aku akan tergelak sendiri.
"Lawak la hidup aku ni,"
Aku paling suka melihat suasana begini. Dan walaupun aku tidak melihat, aku akan menghayati dengan mendengar. Sekecil-kecil ketawa dan sebingit tangisan dua jam tanpa henti, aku menghayati. Perasaan annoying akan datang sekali-sekala, tapi perasaan yang paling dekat adalah bahagia.
Kau akan penat.
Aku yakin mak aku tak tahu struggle hari-hari begini itu apa. Pada aku itulah perjuangan. Kau penat, tapi kau buat. Kau disakiti, tapi kau kekal berdiri. Kau lemah, tapi kau gagahkan juga. Sesiapa pun boleh kata senang, tapi yang rasa tu buka sebarang orang. Allah letak mereka, bukan engkau untuk mendidik anak-anak hingusan ini.
*PASTI kami, bukan mak aku punya. Tapi sebab aku dah ada dalam PASTI ni 16 tahun, dah jadi macam aku punya pulak. Ngeh~
*Ummu adalah panggilan untuk cikgu-cikgu PASTI. Disebabkan mak aku dah biasa orang sekeliling panggil Ummu Yati Ummu Yati, makanya beliau sangat awkward kalau member-member anak dia datang panggil mak cik.
*Tak faham istilah lain, boleh tanya orang sebelah. Ahaks.
Terima kasih kerana membaca :)
Aku masih ingat, seawal 6:45 pagi, emak sudah menggesa aku - kalau aku ada berdekatan - supaya membuka luas sliding door di rumah kami untuk menyambut seorang bapa yang menghantar anak kecilnya. Aku tak pasti rumahnya di mana, tapi agak jauh. Dan dia seorang bapa kurus yang membonceng anaknya yang mamai dan terpinga-pinga di atas motosikal. Budak tu hatta masih dengan baju tidurnya, dan kamilah yang akan menukar ke baju uniform PASTI nantinya.
Lalu bapa itu terus ke tempat kerjanya, yang lebih jauh dari jarak rumahnya ke PASTI kami.
6:45 pagi.
Langit pun masih gelap, sahabat.
Kau buat apa masa tu?
Hidup terlalu singkat untuk tidur selepas subuh nak. Bangunlah. Haha.
Lalu satu demi satu ibu bapa datang. Anak-anak yang merengek di depan ibu bapa lalu boleh je diam gelak-gelak apabila ibu bapa pergi, anak-anak yang meraung sekuat hati bergelut tidak mahu melepaskan ibu mereka, dan anak-anak yang ketawa riang menyambut rakan-rakan yang sudah tiba di ruang tamu rumah aku. Ini melodi dan lagu aku pagi-pagi sahabat.
Aku suka.
Walaupun aku hanya duduk di sofa sambil membaca Harry Potter And The Prisioner of Azkaban. Aku suka melodi pagi hari aku.
Aku langsung kekok kalau mahu diminta tolong dengan kanak-kanak berhingus tu.
Tapi mak selalu suruh aku naik mengajar di kelas enam tahun. Kau tak boleh memberontak nak. Your mother's word is a law. Dan aku akan mengajar mereka muqaddam dan bahasa arab. Membezakan antara mak sedara sebelah ibu dan bapa saudara sebelah ayah. Aku tak pasti kenapa ada silibus ni, tapi aku agak pihak atasan nak budak-budak ni ambik syariah bila besar dan belajar wasoya (baca : pembahagian harta) lalu membantu kawan-kawan mereka yang sakit kepala dengan pembahagian harta di Malaysia.
Padia ni?
Haha.
Paling aku takut, apabila aku mencadangkan cerita-cerita Jepun yang membina seperti Kamen Rider OOO, atau Kamen Rider W, mereka menggeleng kepala seraya mencadangkan cerita lain pada aku.
"Ummu suka tengok cerita I Love You Mr, Arrogant tak?"
"Ummu tengok cerita Sebenarnya Saya Isteri dia?"
Aku masih ingat, betapa aku terkelip-kelip dan terdiam sedang otak sedang mencari-cari ayat sesuai untuk memberi respon.
"Bukan kamu semua sepatutnya tengok cerita Spongebob Squarepants ke? Budak-budak mana boleh tengok cerita macam tu," balas aku.
Seorang pelajar menggeleng.
"Boleh la Ummu. Dia kata kanak-kanak di bawah usia tiga belas tahun perlu bimbingan ibu bapa," Umar Abdul Aziz.
Sahabat...
Kau ada bimbingan ibu bapa?
Aku gelak krik krik masa tu. Aku takut weh. Aku takut gila. Aku fikir 'Oh aku dah sampai zaman ni rupanya,'
I Love You Mr. Arrogant?
Sebenarnya Saya Isteri Dia?
Budak-budak...
Eh, apa tiba-tiba ni?
Dan aku paling suka melihat Emak atau Ummu-Ummu membancuh susu dalam botol, tak kurang dari sepuluh atau lima belas botol. Usai bancuh, botol-botol tersebut akan diletak di dalam besen lalu diletak atas tangga -anak tangga kedua atau ketiga-. Budak-budak comot di ruang tamu rumah aku akan berbaris membaca doa makan, dan mengambil botol susu masing-masing. Dan baring di tilam yang disediakan.
Kalau budak baru, Emak akan suruh member sebelah tolong.
"Ini susu awak. Eh silap, ini susu Auni. Jap, ni susu awak. Tidur kat sini. Tidur kat sini saya cakap!"
Amboi, garangnya. Dengan suara macam nak minta peluru M16 melekat dekat dahi, mampu mencairkan hati-hati yang mendengar. Acewahh.
Sesiapa yang masih sedar, mereka akan bangun terkedek-kedek meletak botol susu kosong di dalam besen tadi. Siapa yang dah wassalam, yang sedar mamai ala-ala mengigau ni lah yang perlu bertolak ansur. Dan PASTI kami akan berada dalam mode tenang.
Sehingga jam 3:30 petang nanti, akan kembali bergegar. Haha.
Haru weh. Haru.
PASTI kami melabuhkan tirai lebih kurang jam 7 petang. Anak-anak syurga (dah balik baru panggil anak Syurga) akan berdikit-dikit pulang. Ummu-Ummu yang kepenatan kekal melayan kerenah ibu bapa yang 'kenapa anak saya macam kene gigit nyamuk dekat belakang lengan ni?' dengan senyuman. Dan memberi keterangan semampu mereka.
Lalu selepas Ummu-Ummu sudah pulang, pintu dan langsir rumah aku pun sudah bertutup, aku menarik nafas lega. Sebelum berpusing menghadap dua beradik...
"Tinggal engkau berdua je lagi,"
Ibu dan ayah mereka akan mengambil mereka pada jam 8 atau 8:30 malam. Kerana kekangan kerja. Kedua ibu bapa mereka arkitek. Hantar awal pagi, sekitar jam 7 atau 8, lalu mengambil mereka lewat begini. Mereka akan dikenakan yuran tambahan, tapi bukan itu yang mahu aku kongsi.
Mereka sunyi.
Bila mak ayah kau nak masak kalau balik lewat malam begitu? Aku masih ingat setiap hari Isnin mereka berdua akan menjaja cerita kepada kawan-kawan dan Ummu-Ummu bahawa mama papa mereka memasak untuk mereka pada hari Sabtu dan Ahad. Kau tau apa aku rasa? Sakit weh, sakit. Bukan adik-adik aku pun, tapi mencucuk sampai ke hati sakit dia.
Tapi budak berdua ni nakal, aku tak cakap depan la aku kesian dekat diorang. Hehe.
Malamnya apabila hanya ada aku dan keluarga, sesi tengking-menengking akan bermula. Ada je tak kene adik-beradik bawah-bawah aku ni. Dan sesi adik-adik aku berdrama buat-buat tak ada kerja sekolah. Sesi 'pergi berus gigi' sebelum tidur pun memenatkan kepala lutut aku. Seribu satu sesi lagi yang aku dan Mak aku kene counter.
Tak tambah lagi..
Adik-adik yang tiba-tiba menangis tengah-tengah malam. Lepas sorang, sorang menangis. Sorang pulak tiba-tiba mengigau sembang dengan member mengganggu tidur adik yang tadi menangis, kene dodoi balik, tidurkan untuk kali ke berapa pulak.
Sebelum subuh esoknya, sudah mendengar dentingan kuali dan sudip serta aroma tumisan bawang dari dapur. Seraya aku bangun, perlu pula aku membetulkan sudut tidur mereka yang berterabur. Kaki kau dekat kepala aku, kepala aku dekat perut kau, dan terkeluar jauh dari medan tilam.
Dan aku akan tergelak sendiri.
"Lawak la hidup aku ni,"
Aku paling suka melihat suasana begini. Dan walaupun aku tidak melihat, aku akan menghayati dengan mendengar. Sekecil-kecil ketawa dan sebingit tangisan dua jam tanpa henti, aku menghayati. Perasaan annoying akan datang sekali-sekala, tapi perasaan yang paling dekat adalah bahagia.
Kau akan penat.
Aku yakin mak aku tak tahu struggle hari-hari begini itu apa. Pada aku itulah perjuangan. Kau penat, tapi kau buat. Kau disakiti, tapi kau kekal berdiri. Kau lemah, tapi kau gagahkan juga. Sesiapa pun boleh kata senang, tapi yang rasa tu buka sebarang orang. Allah letak mereka, bukan engkau untuk mendidik anak-anak hingusan ini.
*PASTI kami, bukan mak aku punya. Tapi sebab aku dah ada dalam PASTI ni 16 tahun, dah jadi macam aku punya pulak. Ngeh~
*Ummu adalah panggilan untuk cikgu-cikgu PASTI. Disebabkan mak aku dah biasa orang sekeliling panggil Ummu Yati Ummu Yati, makanya beliau sangat awkward kalau member-member anak dia datang panggil mak cik.
*Tak faham istilah lain, boleh tanya orang sebelah. Ahaks.
Dia tertekan tunggu mak dia depan dapur.



weh, butang like kat mna? asal aq xjmpk.. 😂 besttt 👍👍👍
ReplyDelete