Kita berkongsi, kerana di akhirnya semuanya bernilai di sisi Tuhan.

Moga tidak terlalu mengarut.



Wednesday, 31 December 2014

Cerpen kasih : Kejutan.



Bismillah dan Salamullah Alaikum.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kejutan!

“Apa ummi!?” kata Aisyah kepada Puan Zainab. Terkejut.

“Apa mummy1?” kata Lutfi kepada Datin Fatimah. Terkejut.

Di tempat yang berbeza, hairan bagaimana mampu serupa kata mereka.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


“Aku terima nikahnya....,”

Selafaz Lutfi melantun lafaz sakinah. Di satu sudut isterinya yang sah sedang duduk bersimpuh. Ayu.

Dalam masa yang sama, hatinya berbisik,

‘Bagaimana aku sedang berada di depan Tok Kadi ni!’

Sengihnya terkoyak sedikit. Lucu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Kau jangan sampai, aku tampar kau, tertelan gigi,” Hamzah terguling mendengar nada amaran Lutfi. Ketawanya mengundang marah sahabat. Benda dah jadi, nak marah buat apa?

“Bertenang Fi. Bendanya kau dah kahwin kan? Nak marah-marah lagi buat apa?” Hamzah duduk tegak semula. Tawanya bersisa. Perhatiannya sejeda pada Lutfi lalu dialih ke arah tv.

Lutfi menghempas badan di sebelah Hamzah. Sofa lembut dah, awat hati panas lagi ni? Dia merenung satu titik yang tak tahu di mana. Parahlah aku ni. Mana nak sembang dengan orang tak kenal. Wanita pulak tu. Mahu tak meremang bulu roma?

“Merenung masa depan yang tak pasti ke?” Hamzah menyakat di sebelah.

Matanya dijeling maut ke arah Hamzah.

“Ops, sorr..,” belum pun habis lafaz maaf, katanya dipotong dengan nada membunuh nyamuk aedes.

“Kau pernah makan penampar masak tiga rasa tak?” tanya Lutfi dengan aura membunuh biasa.

Gelak lagi.

“Meh sini,” pujuk Hamzah sambil memandu kepala Lutfi agar jatuh di ribanya.

“Meh bincang. Benda boleh bincang,” katanya memberi harapan penyelesaian masalah jiwa Lutfi.

Tergelak mendengar resah Lutfi tadi.

‘Hamzah, macamana biasanya suami layan isteri dia?”

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Simpanlah kotak rokok tu. Berbinar mata saya tengok,”

Aisyah dikerling dengan muka ‘kau pensyarah baru, jangan campur urusan aku’, dah biasa. Budak melayu yang bajet hebat, tapi dia tak tau, dia sedang menyerlahkan kebodohan peribadinya. Tipikal, dah boleh baca.

“Saya keluarkan kotak rokok, bukan hisap rokok,” pelajar perempuan itu menjawab dengan nada toyanya.

Haah, betulla tu, dah hebat sangatla tu boleh jawab macam tu? Dalam kelas engineering, dengan perangai yang penuh sopan santun, keluarkan handphone tapak dinosaur dan kotak rokok Dunhill letak atas meja. Fuh. Aku tak sangka aku mengajar kat sini.

Senyum sinisnya terkoyak. Aisyah melihat pelajar di hadapannya atas bawah. Mendarab tambah bahagi tolak perawakan pelajar tersebut. Biasalah, sebagai seorang pengajar, bakat menilai pelajar dengan semulajadinya akan tumbuh mekar dalam diri.

Heh. Sangat biadap.

“Ustazah ada masalah ke?” sopan Sofia menutur kata. Sentap dengan sinis sang guru.

Keningnya terangkat. Marah ke?

Senyumnya terkoyak. Ada hati rupanya budak ni?

“Saya pernah ke Eropah, bukan negara Islam. Tapi tak pernah seorang pun orang-orang sana yang melayan saya dengan biadap,”

Sentap.

“Saya balik ke Malaysia, negara yang majoritinya penduduk Islam, dipandang hina sebegini rupa. Lebih mengagumkan, pelajar saya sendiri yang melayan saya dengan hina..,”

Panas hati.

“Sangat..hmm, buat saya terharu,” senyumnya berubah menjadi sengih lebar. Kenapa aku rasa puas hati ea? Musykil.

“Apa kata, ustazah berhenti kerja sebelum saya menyusahkan hidup ustazah?” Sofia balas dengan nada yang lembut. Walau sebenarnya, aura membunuhnya tersebar ke segenap kelas.

Kelas kekal sepi. Rasa seronok pulak menonton akasia di depan mata.

Aisyah sengih. Tangannya disilang. Aku menang. Hahaha.

“Terima kasih. Kerana menjadi alasan untuk saya tak kekal di sini. Kelas, dismiss,” pantas dia melangkah keluar kelas. Kelas yang tadinya sunyi kini kecoh.

”Pensyarah tudung labuh, berjubah bagai, memang takla jadi lecturer aku,”

Kalam kebanyakan pelajar. Tipikal budak zaman sekarang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dush.

Kepalanya dihantuk perlahan ke stereng kereta. Lupa yang dia ada ‘orang’ di rumah. Lutfi mengangkat kepala melihat kereta Myvi di tempat letak kereta. Ruang letak kereta rumah ‘mereka’ cukup-cukup untuk kereta mereka berdua.

Itupun seakan Aisyah mengalah membeli kereta yang lebih kecil darinya. Dia boleh agak isterinya boleh tahan gangster juga dalam pemilihan kereta. Tapi tulah kan, kene lebihkan suami dalam apa pun. Kan kami para suami yang menanggung dosa kalian. Heh.

Jam tangan dilihat lagi.

2 am.

Dush.

Lagi.

Tak ingat ada yang menunggu. Dia dah rasa ada yang tak kene kalau dia balik lewat, tapi terpaksa juga balik lewat untuk pencerahan kertas kerja modul belajar para siswi untuk produk syarikat mereka awal bulan depan. Aish, seakan terngiang jawapannya pagi tadi pada ‘suri’ hidupnya.

“Eh, abang balik macam biasa ja. Kalau nak tunggu, tunggulah. Kalau taknak pun, abang tak kisah,” walau sipi lagi nak lunyai sendinya membahasakan diri abang, digagahkan juga untuk membina sebuah mahligai yang bahagia.

Dah jadi macam ni nak bahagia macam mana Lutfi oi? Adus, dahla minggu lepas pernah buat macam ni. Semalam tu kira nasib Haikal lepas awal, tu pun sebab takut mengganggu masa berharga pengantin baru. Tak ganggu apanya, berlambak kene kemaskini folder syarikat, nak angkat kepala dari laptop pun kene tarik dulu dengan si dia. Ehem.

Tolong sandarkan ke kerusi. Nak tolong picit kepala katanya, aku pun buat-buat pejam mata la nak tunjuk tension kerja. Siap kerut bagai mata dahi semua tu. Tapi sebenarnya malu.

Pui!

Haish.

Takkan tak nak keluar kereta sampai esok asar kot? Keluar je la. Doa banyak-banyak dia dah tidur. Tak tunggu macam minggu lepas. Kesian aku tengok, tersengguk-sengguk tunggu aku balik. Dahla penat kerja.

Pintu dibuka, salam diberi, basmalah diungkap.

Pantas matanya menangkap susuk Aisyah di atas sofa.

Bersalah.

Mesti dia risau.

Mesti dia tunggu.

Mesti dia makan hati.

Nafas ditarik perlahan. Dihembus perlahan.

Sudahlah kerjanya tersangat banyak, tak boleh ambil cuti untuk berjalan-jalan dengan isteri. Dahla pengantin baru. Memanglah dah booking cuti untuk tengah bulan depan, tapi, tetap dia rasa tidak bertanggungjawab. Rasa tak mengambil berat akan isteri. Lama tu nak tunggu bulan depan. Istighfar bergaung dalam hati.

Nak membaiki ummah melalui syarikatnya, tapi dia sendiri ‘lupa’ membaiki diri.

Dia meletak beg kerjanya di bilik kerja. Lalu langkahnya dituju ke ruang makan. Hidangan tersedia. Dia memegang perutnya yang tak lapar. Sambil memikir untuk makan atau tak. Risau Aisyah lebih terasa dengannya, dijamah juga. Sedikit.

Selepas membasuh tangan – pinggan ditinggal di sinki sebagai bukti dia makan -, dia bergerak ke arah sofa ruang tamu. Melutut sebentar menghadap Aisyah.

“Sorry tu. Abang try tak buat lagi lepas ni,” bisiknya perlahan. Gertak gak la tiba-tiba dia bangun, segan boh nak letak muka kat mana?

Dia lantas mencempung Aisyah ke bilik mereka.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelas tiba-tiba senyap. Sir Luqman, lecturer yang sangat-sangat sporting, best mengajar, tegas dan pakar dalam banyak cabang bidang dalam engineering masuk ke dalam kelas dengan muka berkerut marah. Sambil bawa beg tangan perempuan yang tak berapa perempuan sangat dan buku subjek mereka.

Kenapa macam kenal beg tu?

“Luq, I’m not going to do this,” Aisyah memasuki kelas beberapa ketika kemudian.

Luqman meletak barang-barang tersebut di atas meja, lalu menoleh marah.

“You’ve promise, Aisyah,” katanya dengan nada yang cuba mengawal kemarahan.

“Bai, memang takla nak mengajar kelas ni,” katanya dengan muka ‘apehal aku pulak’.

“You’ve promise,” tekan.

“This and that is two different thing,” katanya tak mengalah.

“You’ve promise,” tekannya lebih kuat dari tadi.

“Do you realize that you’re making me pathetic right now?”

“Of course I know,”

“Then the heck I’m going to do this. This’s absolute absurd and I really trully exceptionally hate this,”

“It just for a month,” Luqman cuba memberi alasan rasional.

“Just for a what?! Whoa, kasar nampak,” Aisyah bantah.

“Aisyah listen, you’re not that busy these days right? Bukan susah mengajar sebulan. Aku mengajar bertahun tak mati pun,” Luqman cuba lagi.

“Aish, I’m really not doing this,” katanya tegas.

“Isn’t the prophet said ‘Tanda munafiq itu tiga’ and break the promises is one of them,”

Kening Aisyah bergerak, tanda tak puas hati.

“This and that is two different thing,” katanya lagi.

Luqman menarik nafas, dalam. Lalu melangkah keluar ke arah pintu. Dengan bergayanya menoleh sambil tersenyum kemenangan lalu berkata “terima kasih, ustazah,”.

Lantas menutup pintu.

“The WHAT?!” dia ingat dia dah menang ke? Aku fikir kau member je Luq.

Kelas yang menyaksikan drama mereka itu kini tertumpu pada Aisyah.

Aisyah menarik nafas keluh, mengalah.

“Ni sebab kau kawan aku Luq. Kalau tidak..,” omelnya perlahan.

“Assalamualaikum and good morning class. So as you can see, over this chapter, its kind of differ with the latter coz…,”

Kelasnya tiba-tiba bermula. Kelam pelajar menyelak halaman buku rujukan mereka untuk menangkap apa yang cuba disampaikan ‘ustazah’ mereka. Lahjah British weh, nganga.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aisyah memutar-mutar cawan di piringnya. Masih makan hati dengan Lutfi yang ‘terlupa’ dia sudah beristeri. Apalah agaknya yang akan berlaku kalau dia terlupa yang dia sudah bersuami?

“Bukan Aisyah, abang baaanyak sangat kerja kene buat sampai tak teringat Aisyah tunggu. Serius ni,” bersungguh Lutfi meyakinkan dia. Nampak sangat meyakinkan, jujur, amanah, tak tipu.

Tapi tu lah yang nak marah ni!

Macamana dia boleh betul-betul ‘lupa’. Kalau main-main lupa boleh lagi tahan.

Huh!

Suka hatilah. Malas layan.

Dia bangkit dari meja makan. Makan petang hujung minggu mereka hambar. Gara-gara Lutfi yang selalu terlupa menelefon jika pulang lewat, lupa nak beritahu jika tak pulang sehari dua, lupa yang dia ada di rumah menunggunya pulang.Lupa.

Sebab banyak ‘sangat’ kerja.

Kerja untuk ummah nabi.

Tapi orang rumah sendiri?

Huh!

Boleh jalanla. Dasar lelaki!

“Abang minta sorry sangat-sangat kay,”

Dah berapa kali sorry entah.

“Aisyah…,”

“Kay,” sepatah dia jawab. Malas nak layan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“So aku rasa, benda ni kalau kita bagi Hamzah yang jumpa Encik Amir, confirm boleh settle tiga hari,” cadang Lutfi selepas membentangkan laporan unit bahagian kewangan Projek SmartDeen.

“Aku memang dah rasa Hamzah yang paling berkaliber kat sini,” sengih Haikal tak lekang dari tadi.

“Pergh. Saja nak naya aku ke syeikh? Encik Amir tu,” Hamzah rasa tak sedap hati dengan pemilihan mereka dalam memilih wakil syarikat untuk membentangkan projek mereka kepada syarikat-syarikat yang ‘sudi’ memberi sumbangan dan bantuan dari sudut apa sekalipun.

Mereka pun bukanlah syarikat besar. Hmm, boleh tahan besarla tapi tak la besar sangat. Perlu sangat bantuan dan pertolongan daripada syarikat penerbitan dan syarikat yang berkaitan untuk mereka bertatih mencipta empayar sendiri. Nanti dah ada empayar sendiri, lebih terbuka kemampuan mereka untuk membantu masyarakat.

“Kalau sukat tahap ketenangan dan bakat mengawal kegelabahan, aku rasa kau pada paras stabil la syeikh. Serius kot,” Haikal memberi pandangan.

“Apahal bukan kau je?” Hamzah tak puas hati.

“Sampai bila asyik aku je?” Haikal bertanya balik.

“Habis tu kenapa tak ambik Lutfi je?” Hamzah sengaja bertanya. Heh.

“Kau kalau nak order penampar masam masam manis pun tengok tempat la kawan. Aku mana ada time tu,” marah Lutfi sambil ketawa. Dia lantas mengemas fail atas meja dan bergegas untuk ke biliknya. Mesyuarat mereka sudahpun tamat.

Dengan mendadak dia berhenti lalu menoleh untuk bertanya Haikal sesuatu.

“Bai aku dah bagi belum market kita untuk projek lepas projek SmartDeen ni?”

“Dah,”

“Yang kemaskini input output tiga tahun lepas?”

“Dah,”

“Yang konklusi kalam Ustaz Zaman and The Gang pasal produk Khalif Dunya?”

“Dah,”

“Oh, Ok. Terima kasih,” lalu langkahnya laju ke pejabatnya.

Hamzah mengurut tengkuk lantaran sakit menoleh ke arah Haikal dan Lutfi tiga empat kali.

“Heh, dah kenapa ustaz?” lawak dia melihat Hamzah.

“Haikal, banyaknya yang dia siapkan. Bukan nak sekarang pun semua tu. Kau tak rasa dia overdo ke kerja-kerja dia?” Hamzah bertanya. Tangannya kekal di leher. Konon masih sakit.

“Biarlah dia. Bukan tak biasa dia sibuk macam tu. Cuma kerja yang patutnya dia mantap tak berapa nak mantap sangat la. Tapi elok je kerja dia, takde pula aku nak komen apa,” Haikal menjawab acuh tak acuh. Kopi yang sudah sejuk sejak mula mesyuarat mereka dihirup perlahan sambal matanya laju membaca baris demi baris kertas modus operandi projek akan datang.

“Takdela. Aku pelik gak. Sibuk giler. Nak sembang dengan kita pun dah takde masa. Sedangkan, kerja bahagian dia dah siap untuk projek kita yang sekarang ni,” Hamzah berkerut dahi, memikir.

“Apa nak hairan syeikh. Dia nak cuti dua minggu kot. Kerja yang bakal terbengkalai tu, dia siapkan la sekarang. Takdela teruk nanti dia balik honeymoon,” terkoyak senyum Haikal.

Mereka ketawa tiba-tiba. Sama-sama.

Mereka bertiga dah berkawan lama, bukan tak faham yang Lutfi bakal berlambak kerja. Boleh je hulurkan bantuan, cuma Lutfi tak mahu menyusahkan sahabat. Sebelum sahabatnya menghulur bantuan, dia sudah bersiaga menyelesaikan lambakan tugas.

Perangai Lutfi, lawak apabila dikenang. Tidak mahu menyusahkan sahabat. Sedang kalau mereka di tempat dia, boleh bergaduh kerana mahu menolong. Jika dalam suasana begini pula, bergaduh jika ditolong.

Haish.

Macam-macam.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lutfi duduk di birai katil berhadapan Aisyah.

“Aisyah marahkan abang lagi ke?” lembut Lutfi bertanya. Tuala dihulur ke arah Aisyah. Sambil membuat muka minta dilapkan rambut yang basah.

Huluran disambut.

Selepas sahaja habis membuat semakan ringkas pada duit keluar syarikat bahagian promosi projek Green Teen, Lutfi pulang ke rumah seperti biasa. Cumanya jalan agak sesak dan memaksanya berjemaah di masjid terdekat untuk solat maghrib dan isya’. Dan sampai ke rumah lebih kurang jam 9 setengah malam.

Bahagia rasa dapat mandi selepas berhempas-pulas berperang dengan akaun syarikat.

Diam Aisyah menggugat kebahagiaannya.

“Aisyah..,” Lutfi menekan suara.

“Hmm..,” khusyuk la konon mengelap rambut suami.

“Marah abang lagi ke?”

“Tak pun,” jawabnya toya.

Lutfi menyambut tangan Aisyah, memaksanya untuk berhenti buat-buat khusyuk.

“How’s the children?” lembut Lutfi bertanya tentang pelajarnya.

Dia mengangkat bahu.

“You mad at me,” Lutfi membuat konklusi sendiri.

Dia menarik nafas berat. Menghembus perlahan. Malas nak gaduh.

“They’re better than I thought. Mula-mula nampak macam susah nak bentuk, tapi lama-lama, bila dah ‘masuk’ dengan diorang, mudah juga sebenarnya. Cuma jentik salah mereka dan cuba kait dengan logik kemanusiaan and then slowly, kenalkan diorang dengan Islam as a way of life,”

“Then ‘bout that Sofia girl?” tanyanya lagi.

“She’s a lot better than everyone else. Makin lama makin nampak kenapa Allah suruh bersangka baik and Allah warning sebahagian sangka buruk tu dosa,” lancar dia menutur.

“Esok dah habis mengajar kan? Tell me then apa yang Aisyah dapat time terima tawaran ni?” Lutfi bartanya lagi. Walau jelas nada Aisyah tidak menunjukkan minat untuk terus berbual.

“I’m not even approve this task,” gumamnya kecil. Makin rimas tangannya masih digenggam tangan Lutfi.

Lutfi ketawa kecil.

“Sorry. Well, tukar soalan. Apa pandangan Aisyah pada student Aisyah sekarang?”

Dia mendengus kecil. Malas la nak sembang-sembang ni.

“Diorang muda lagi. Banyak ilmu, tapi fikiran tak terbuka. Tak mampu berfikir jauh, tak mampu fikir luar kotak. Tak mampu fikir dari sudut banyak sisi. Yes they have a long way to go, but that’s what make you someone. We as a teacher, just have the power to lead them kenal Allah dari segala sudut. Tak mampu nak paksa diorang terima dan setuju dengan apa yang kita bawa. Full stop.”

Senyum. Lutfi merenung Aisyah. Lama.

Aisyah jelas terasa.

“Aisyah marah dekat abang lagi ke?” lembut Lutfi bertanya.

“Nak tidur,” jawabnya tegang.

“Sorrylah,” lembut dia meminta maaf.

“Penatlah hari ni,” nampak sekali macam biasa. Pandang dua kali macam terasa. Heh.

“Abang kene buat kerja dua kali ganda untuk cover dua minggu abang cuti nanti. Tu yang semedang kerja tak berhenti. Sorry kay,” pujuk Lutfi.

“Ngantuk,” malas nak layan sorry-sorry ni.

“Aisyah..,” lembut lagi. Mana tak cair jiwa perempuannya?

Dia mendengus. Marah.

“Dah tau banyak kerja yang cuti lama-lama tu siapa suruh?” gumamnya perlahan. Marah.

“Sebab nak spend time dengan Aisyah la. Kita bukan kenal pun. Nakla juga abang tau Aisyah suka warna apa, suka makan apa, suka buat apa. Nakla juga abang jalan-jalan dating-dating dengan Aisyah dari pagi sampai petang, makan aiskrim sama-sama, gaduh nak anak berapa ke apa ke. Itu yang lama sikit,” Lutfi menerang satu-persatu. Dengan sengih-sengih manja macam nak kene tumbuk sekali.

Dush. Kene sekali tunjal kepala.

Merajuk je pandai. Bukan nak memahami. Suami sendiri kot.

“Janganla marah abang lama-lama. Memangla nampak comel, tapi lagi cantik kalau tak marah abang. Rasa tenang je hati ni. Damai rasa ada orang soleh-solehah yang selalu dekat dengan abang. Dekat pejabat tu soleh belaka. Ganas pun ganas jugak, tapi mendamaikan hati je tengok,”

“Dekat rumah pun nak macam tu la, gangster pun gangster gak…,”

Lalu ditarik perlahan Aisyah ke dalam pelukan. Diusap kepala sang isteri penuh kasih.

“Tapi menenangkan hati la bila abang tengok..,”

Diam. Agak lama.

“Lah janganlah menangis,” Lutfi ketawa. Lawak tiba-tiba dadanya basah dan Aisyah yang sedaya tahan sedu.

Dush!

Aduh!

“Sakitlah Aisyah. Gangsternya ‘penenang jiwa’ abang ni. Kene cari ‘penenang jiwa' lain ke ea?” Lutfi tersengih.

Aku lah Lutfi ni, tak pasal dua minggu masuk wad karang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Jadi untuk kelas terakhir ni, saya nak minta maaf pada kalian kalau ada terkasar bahasa. Especially to you Rauf, Hamdan and Malik. If I hurt you deep, may the three of you forgive me. Tapi jangan nak try jadi jahil balik, kalau ‘ter’jadi, hope there’s someone that’ll lend their hand to help you get out from the circumstances,”

“Untuk kalian yang selalu try hard bersabar dengan perangai gila-gila saya, terima kasih. Untuk kalian yang walaupun muka macam nak kene tumbuk tapi deep in your heart, you’re listening to my lecture, terima kasih. Untuk kalian yang cukup percaya pada saya dan mencari saya jika perlukan nasihat dan bimbingan, terima kasih banyak-banyak. Tak terkata terima kasih saya saya pada kalian,”

Sunyi.

Muka macam biasa je semua. Aik, tunjuk la sikit muka sedih aku nak pergi kot.

“So, sebab dah habis kelas kan, sesiapa yang nak keluar kelas boleh keluar. Sesiapa yang nak tanya soalan, boleh tanya soalan,” Aisyah menghadiahkan sebuah senyuman kepada pelajarnya. Aku yang sedih, padahal dulu aku yang taknak kelas ni. Heh.

Bunyi buku dimasukkan ke beg kedengaran. Ada yang bersedia untuk bangun, ada yang bersedia untuk  bersembang dengan rakan sebelah, ada yang sudah pun tercari-cari kunci motor di dalam beg sandang, tetapi semuanya diam apabila ada yang bertanya.

“Ustazah, ustazah ambik engineering dekat mana dulu?”

Diam. Biasa la tu nak tau lecturer belajar mana.

“Saya bukan course engineering, saya Bahasa arab,”

“HA!!!” satu kelas mengeluarkan bunyi yang sama.

“Giler ah,” bunyi yang sama lagi.

Keningnya terangkat. Bila masa diorang ni bersatu padu? Biasanya bertikam lidah.

“Tak silap la kami panggil Ustazah selama ni. Macamana Ustazah boleh ajar subjek enginering?” Hamdan.

Aisyah angkat bahu.

“Saya tak mahir seluruh ilmu kejuruteraan. Subjek ni satu-satunya yang saya mahir sikit,”

“Habis tu macamana ustazah boleh jawab semua soalan kami?” Asyraf. Beria nak tau.

Sengihnya terkoyak. Ini lawak. Tapi bijak giler hantu tu.

“Sir Luqman predict soalan kamu. Then dia sediakan jawapan yang paling mudah saya faham, saya cuma kene study je,”

Riuh sekelas.

“Jap jap, tapi kenapa ustazah yang jadi. Maksud saya, bukan ada yang lebih pakar ke dalam subjek ni? Memangla ni antara subjek yang mudah. Tapi dari lapangan Bahasa terjun ke Jurutera. Itu rare namanya,”

Kata-kata setuju bergema.

Aisyah berkerut dahi. Cuba memberi jawapan mudah.

“Hmm, senang cakap, kamu tau kan Sir Luqman tu unpredictable?”

Angguk satu kelas.

“Yelah, tengah-tengah mengajar symbol dalam litar, tiba-tiba keluar Revolusi Perancis dalam kelas dia. Memang unpredicrable la kan?”

Angguk.

“So dia buat something yang unpredictable lagi. Dia ambik master dan mengambil ‘people environment’ sebagai tajuk thesis dan kamu sebagai salah satu bahan ujikaji. Kalau kamu perasan, kelas kamu majoritinya berfikiran prejudis. jadi dia nak tengok apa respon kamu kalau yang mengajar kamu adalah orang yang seperti saya, tudung-jubah ni. Tapi dengan luaran yang kamu tak suka, cuma ada ‘ilmu’ yang kamu cari,”

“Cumanya, matlamat sebenar Sir Luqman bukan kamu mahir subjek ni. Tapi apa reaksi kamu dengan orang yang ‘bawa’ subjek ni. Bagaimana personaliti dia, bagaimana dia cuba menarik perhatian kamu, bagaimana kamu memberi respon pada satu figure yang kamu tak suka, tapi kamu terpaksa senyap berkubur dengan sikap prejudis kamu lantaran kamu sebenarnya bersetuju akan orang yang kamu benci punya ilmu yang kamu cari,”

Nganga.

Err, susah kot ye nak faham.

Kan aku cakap, banyak ilmu tapi tak faham banyak pun.

“So akhirnya, dia ajar saya supaya benar-benar mahir dalam bidang ni,”

“Soalan kenapa ‘saya’. Saya tak pasti nak jawab macamana, tapi Sir Luq kata, ’takde orang yang lebih gila yang lebih mampu buat kerja gila ni lebih dari kau’. Rasanya tu yang dia cakap,”

Nganga. Lagi.

“Ehem. Apa-apalah je lah. So ustazah ni budak Mesir la?” Mariam. Baris ke tujuh beli kiri.

“Tak,” berkerut dahinya. Sekali tengok pun dah tahu aku belajar kat mana.

“Ustazah belajar kat Malaysia ke?” Rauf. The one yang selalu kene sound deep dengan aku.

“Tak,”

“Habis tu?” sekelas bertanya. Tak betah diam.

“Saya belajar dekat UK,”

“Tipu,” padu sekelas menolak.

Lah. Dah kenapa aku nak menipu?

“Betulla. Di Ibnu Sabil Institute,”

“Kami tak percaya,” bersatu padu diorang membangkang.

“Habis tu saya dapat fluent english ni dari langit terus jatuh bergolek ke?” keningnya diangkat sebelah. Bertanya.

Diam sekelas.

“Okaylah. Stop to that point. Ustazah, suami ustazah antara yang buat modul siswa siswi tu kan? Tapi saya dengar dia banyak pegang akaun syarikat. So Ustazah jumpa dia dekat UK la?”

“Cewah,” sekelas lagi.

“Tak. Dia ambik Syariah dekat Jordan,”

“Eh!!” terkejut.

“Dah tu, macamana boleh jadi akauntan kalau budak syariah? Macamana boleh kahwin kalau tak pernah jumpa?” Zaki. The thinker.

“Syarikat sendiri, kene banyak buat kerja sendiri. Lepas tu dia serasi dengan urusan keluar masuk duit, so takde masalah pon. Sebab kerja sendiri, tak perlu sijil degree bagai. Dia cuma kene ada kemahiran yang mantap. Of course la suami saya mantap. And…,”

Dia memotong sebelum sempat pelajarnya menyakat.

“Kami kahwin sebab mak ayah yang suruh,” sengihnya.

Bising kelas menyakat ustazah mereka.

“Sebelum saya lupa, ini hari terakhir saya jumpa kamu ye,”

“Tau je ustazah, Sir Luqman ada bagitau. Tapi apa sebenarnya kerja ustazah?” Malik.

“Saya? Saya penterjemah Bahasa. Buku yang membina jiwa, sebolehnya saya terjemah ke dalam Bahasa yang masyarakatnya boleh menerima input yang baik itu,”

Bahasa ke bahasa Melaysia?” Rauf.

Geleng.

“Bahasa Arab, Inggeris, Perancis dan Jepun ke Bahasa Melayu,”

"Tipuuuuuu!!!!" satu kelas tak boleh terima hakikat.

Nampak macam biasa-biasa, tapi luar biasa.

Heh. Dia sengih.

"Nak bawak Islam kan, kenelah rare," balasnya mudah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tok tok tok.

Aisyah terus membuka pintu pejabat Luqman selepas mendapat kebenaran masuk. 

"Ni folder pemerhatian aku. Aku letak sini," Aisyah meletak pendrive di meja berdekatan pintu. 

"Salam mana salam?" tanya Luqman tanpa mengangkat muka dari skrin komputer riba.

"Makruh la bagi salam pada orang yang tengah sibuk buat kerja. Kay, aku gerak dulu," katanya sambil menutup pintu.

Luqman mengangkat kepala sambil merenung pada pintu yang tertutup di hadapannya namun kembali menundukkan kepala apabila Aisyah membuka pintu buat kali kedua.

"Diorang kata kau sakit. Jaga kesihatan weh. Makan tu jangan lupa. Kau tu selalu sangat lupa nak makan tu yang boleh sakit. Kau dengar tak ni?" 

"Ha?" Luqman tak dapat menangkap apa yang dikatakan Aisyah.

Aisyah mendengus. Pendrive yang tadinya diletak di meja berdekatan pintu diambil lalu diletak di tepi papan kekunci komputer Luqman. "I bet you did'nt even hear I put this at that table. Jaga kesihatan. Aku pergi dulu," Aisyah berlalu sambil menutup pintu.

Luqman mengeluh perlahan. Dia meletakkan pendrive yang ditinggalkan Aisyah di balang Assignment Experiment.

"I can't even look at you, how can I hear your words?"

Dulu, satu masa dahulu…
“Syeikh, kau bukan nak buat thesis pasal psikologi manusia ke? Apahal fikir banyak pulak. Buat je la, kan senang,” Ridzuan pelik melihat Luqman yang sedang meletak dagu di atas buku klasik perancis, Le Petit Prince karangan Antoine de Saint, dalam keadaan muram.

Berat hela nafasnya keluar. Luqman bangkit, duduk dengan selesa di kerusi. Rautnya jelas kusut memikirkan thesisnya yang satu itu.

“Aku rasa aku nak postpone dulu la thesis tu. Thesis kali aku nak buat pasal bidang yang aku pakar je la,”

“Dah tu kenapa kusut?” Rasyid bertanya sambal berhati-hati mengacau cappuccino di mugnya. Risau tumpah melimpah di café ini.

“Sebab aku still nak buat tapi susah sikit. Aku bukan nak buat kajian pasal psikologi manusia, tapi khusus pada respon orang buta agama, yang melihat agama bukan apa-apa tapi bila dia jumpa satu teladan yang betul-betul masuk jiwanya, dia nampak yang agama kita ni bukan sempit satu kotak. Tapi luas satu alam,”

Sunyi.

“Kau kalau nak buat kerja yang simple-simple tak boleh ke?” Anna, bakal engineer Malaysia mengomel tentang perangai luar alam Luqman. Otak terlebih geliga ni susah gak kan.

Luqman mengangkat bahu. Lemah.

“Aku bukan apa, aku tinggal kat Malaysia 20 tahun, tak faham kejadah apanya Islam tu. Jejak negara kafir, baru jelas terang apa Islam yang sebenarnya. Malah sakit hati pula kenapa kawan-kawan kita yang non-muslim boleh ada nilai Islam. Yang Islam toksah cakap la, nampak gila jalan penyebaran Islam dia dengan akhlak dan ilmu. Korang tak rasa ke apa aku rasa,” Luqman membocorkan rasa hati.

“Apa pula tak rasanya. Tapi apa yang cuba kau sampaikan? Aku tak faham,” Rashid bertanya.

Angkat bahu. Entah.

“Aku tak tahu. Tapi aku macam nak buat kajian pasal Islam, melalui akhlak yang baik dan ilmu yang mantap, ilmu yang diserap dalam Quran dan diaplikasi dalam kehidupan seharian ni, mampu untuk merawat buta agama dalam kalangan masyarakat kita,”

“Nak tunjuk pada masyarakat kita yang buta tu, tentang agama bukan pada masjid dan surau, usrah atau tazkirah. Tapi dari segenap sudut kehidupan seharian. Dalam makan kita, dalam belajar kita, dalam bercakap dan sebagaimana. Semua tu, berkait dengan Islam. A way of life,”

Rashid, Ridzuan, Hamdan senyap.

Anna, Maisara, Aisyah tak berkata sepatah.

Mereka bertujuh selalu berkumpul. Saling menyelesaikan masalah. Saling membantu andai jatuh dan sokong andai utuh.

Seperti sebuah keluarga.

“Maksud kau, macamana nak tunjuk yang Allah tu ada dalam setiap perbuatan kita?” Aisyah memecah sunyi mereka.

Luqman merenung Aisyah. Macamana dia boleh faham jelas apa yang cuba aku sampaikan?

Dia mengangguk.

“Cuba buat macam ni. Kau cari sorang teladan yang nampak ‘Islam’, letak dia dekat satu kumpulan yang ‘buta’ agama, then kaji respon dia. Tapi kene ramai la. Kerja pun banyak sikit. Tapi aku rasa berbaloi kalau kau betul-betul nak kaji,” Aisyah memberi pendapat.

“Maksud kau ramai tu macamana?” Maisara bertanya.

Aisyah berfikir sebentar, cuba memudahkan penyampaian.

“Maksud aku, teladan tu, cari dalam dua, tiga orang. Kumpulan pun cari dua tiga la,” Aisyah menghirup perlahan jusnya. Jam dikerling, dah lambat. Itu baru kajian namanya. Tak buat ‘satu’, tapi dua tiga.

“Meh sini buku tu,” Aisyah meminta buku klasik perancisnya yang berada pada Luqman. Dia bangkit dari kerusi, tangan dihulur. Bersedia untuk menerima huluran Luqman di balik meja sebelah sana.

Mereka tahu benar Aisyah tidak betah berlama-lama berkumpul tanpa urusan penting. Sebab perjumpaan ini pun kerana ingin berbincang tarikh pulang ke Malaysia bersama-sama untuk cuti musim panas.

 Kecuali Luqman, Anna dan Ridzuan. Mereka sudah habis pengajian.

 Luqman diam sejeda. Merenung buku itu lama lalu lambat menghulur ke arah Aisyah.

“Kau tau kan susah kajian aku nanti. Walau aku tak tau bila aku nak buat thesis tu, aku akan usaha juga untuk buat thesis ni,” Luqman berbicara hati ke hati dengan Aisyah.

Aisyah mengangkat kening. Kenapa pulak ni?

“Boleh tolong aku kalau aku perlukan bantuan kau dalam menjayakan kerja luar alam ni?” Luqman bertanya Aisyah. Mengharap.

Terkoyak sengih Aisyah.

Dia faham kenapa Luqman tersangat mahu menjayakan teorinya berkenaan Islam. Kerana Luqman telah merasai jernihnya rasa bahagia dengan suasana masyarakat bertamadun. Tanpa dengki, penuh kasih sayang dan hormat-menghormati. Dan ia menjadi lebih istimewa jika semuanya bersandar pada satu tujuan.

Kerana Allah.

Mereka kenal Allah di bumi non-muslim. Dan itu yang menolak Luqman untuk mencuba sesuatu dari lapangannya untuk menyebar kemanisan apa yang sedang mereka rasa hari ini ke dalam masyarakat mereka. Malaysia.

“Kalau kau nak ajak orang kenal Allah, takkan aku tak tolong bai?” jawabnya sambik menyambut huluran buku dari Luqman.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini….

Luqman menyemak lambakan kertas dia atas mejanya. Assignment pelajar, laporan kerja pensyarah, lakar peta minda subjek-subjek killer university lalu matanya jatuh pada fail tebal kandungan thesisnya. Nafasnya dihela perlahan. Badannya disandar ke kerusi.

Penat. Nak terjatuh sendi dengan kesibukan yang menghempap bahu.

Makin rasa memberat tanpa ‘keluarga’.

Kata mereka, bukan orang tak nak padanya, cuma dia yang terlalu sibuk untuk sedar yang dia diminati. Akhirnya, tak berkahwin walau umur sudah mencecah lebih 30 tahun.

Heh. Bukan tak nampak, tapi ada yang lebih menawan hati.

Matanya dipejam. Dia selalu kalah dengan Aisyah.

Dengan ilmunya. Dengan hatinya. Aisyah selalu terkehadapan.

Berbulan lamanya dia mencari idea bagaiman mahu melaksana kajiannya. Ada matlamat tanpa jalan sukar juga untuk mencapainya. Namun bagi Aisyah, hanya sekali dengar masalahnya, sudah mampu memberi jalan keluar.

Lalu bagaimana hatinya tidak tertarik?

Heh.

Kononnya mahu merisik Aisyah selepas habis kajiannya. Kerana dia tahu Aisyah tersangat sibuk dengan terjemahan kitab-kitab fiqh moden selari dengan kesibukannya merangka plan bagi menjayakan kajiannya. Katanya mahu berehat selepas bersilat dengan Bahasa Arab yang memeningkan kepala.

Belum pun sempat habis, sudah dirisik orang.

Senyumnya terkoyak. Lemah.

Sakit dalam jiwa, tak usah dikata.

Dia memejam mata. Menghela nafas berat lalu menghembusnya perlahan.

Bukan seminggu dua dia menyimpan niat untuk menyunting Aisyah.

Allah.

Senyumnya kekal menghias wajah. Matanya perlahan-lahan dibuka.

‘Kau tunjukkan cinta-Mu, pada hamba hina sepertiku dengan menghadirkan srikandi wasilah pelerai masalah. Lalu kau tunjukkan lagi cinta-Mu dengan mentakdirkan dia bukan di sisiku. Dan sesungguhnya, kau lebih tahu rajukku dengan takdir aturan-Mu ini,’

‘Maka wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan Langit dan Bumi, sebagaimana Kau balikkan hatiku cenderung kasihkan dia, maka balikkanlah hatiku cenderung lebih mengasihi aturan takdir-Mu. Supaya aku tidak berpaling dari rahmat-Mu,’.

“Aku merayu di atas nama-Mu yang Maha pengasih dan Penyayang,” bisiknya perlahan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tepi pantai…

Aduh, syahdunya tengok pantai-pantai ni. Teringat Aqabah la pula. Apa khabar agaknya Jordan hari ni? Sihat ke idok tak tau. Lutfi bermonolog dalam hati.

“Abang, jom kita lari sampai sana. Kita tengok siapa yang hebat,” Aisyah menunjuk pada ranting kayu patah lebih kurang dua puluh meter daripada mereka.

Lutfi mengangguk. Setuju.

Aisyah sudah bersedia.

Heh. Ana ni bukan atlet ustaz, tapi orang kata kalau kita bersungguh-sungguh, kemungkinan untuk berjaya tu besar. Aisyah memfokuskan pandangan ke arah ranting itu, garisan penamat mereka.

“Apa lah Aisyah ni. Mesti lah abang yang hebat. Tak payah lumba pun tahu,” kata Lutfi tiba-tiba.

“Aish. Mana aci macam tu. Kene la ada bukti untuk dibuat hujah atas kehebatan seseorang tu,” Aisyah membangkang keras.

Lutfi ketawa.

“Aisyah ni kalau guna bahasa mudah tak boleh ea. Tau la orang sastera, janganla dengan abang pun nak guna bahasa-bahasa power macam tu,”

Matanya dicerlung ke arah suami.

‘Abang…,’

Seakan faham maksud jelingan maut isterinya. Dengan tawa bersisa mereka mula berlari selepas kiraan tiga oleh Aisyah.

Di hadapannya kini Aisyah sedang ketawa suka. Dia yang sampai dahulu ke ranting kayu itu.

Lutfi ketawa melihat sisi keanak-anakan isterinya yang ganas lagi gangster itu.

Manja. Makin melimpah kasihnya buat wanita yang ‘tup-tup’ jadi isterinya ini.

“Aisyah dah agak yang Aisyah menang,” kata Aisyah dengan senyuman penuh bangga.
Terkoyak sengih Lutfi.

“Abang tak kalah,” Lutfi bersungguh menyatakan kemenangannya.

“Mana ada. Abang kalah. Aisyah yang sampai dulu dekat sini,” kata Aisyah membantah.

“Abang lambatkan kaki berlari sebab nak biarkan Aisyah menang,” kata Lutfi tak mahu kalah dalam permainan ‘anak-anak’ itu.

“Tapi Aisyah yang sampai dulu,” kata Aisyah.

“Kan itu yang sepatutnya,” kata Lutfi.

“Sepatutnya apa?” tanya Aisyah.

“Sepatutnya kemenangan main lari-lari dimenangi oleh Aisyah,” jawab Lutfi mudah.

Tak faham.

“Maknanya abang approve la kan Aisyah menang, abang kalah,” tanya Aisyah lagi.Polos.

Lutfi geleng.

“Habis tu?” Aisyah buat muka merajuk. Dia selalu kalah berlawan kata dengan Lutfi.

“Aisyah memang menang. Tapi abang tak kalah,” Lutfi meregang-regangkan badan.

“Kenapa?” Aisyah pelik.

“Sebab abang ikut sunnah. Memenangkan isteri dalam main lari-lari. Mana ada sunnah yang ‘kalah’,” katanya mudah.

Aisyah memandang tak percaya kepada suaminya. The what?!

“Nak main round kedua tak?” tanya Lutfi tiba-tiba.

“Kenapa tanya tiba-tiba?” Aisyah musykil. Matanya mengecil memandang Lutfi.

“Sebab dulu nabi menang main lari-lari dengan isteri tercinta kali kedua,” Lutfi tersengih. Badannya sudah pun diregang. Bila-bila masa boleh mula berlari.

Dush!

“Sunnah apanya gitu?! Menyakitkan jiwa raga orang je!” geram Aisyah pada Lutfi yang pandai menyakitkan hati dia.

Peliknya, pandai pula sang suami meredakan rajuknya.

Adoi. Semenjak dah kahwin ni, selalu je merajuk. Tak faham kenapa. Nak kata tak cukup kasih sayang, takde la pulak. Melimpah je kasih sayang orang sekeliling aku. Dah kenapa aku ni?

Lutfi ketawa. Aisyah selalu memukulnya jika perangainya menyakitkan hati. Setahun dua ni, mau lunyai aku dipukul isteri. Kakinya laju mengejar Aisyah yang berlalu pergi menjauhinya.

Dia menahan isterinya.

“Sorrylah kay,” lembut. Walau ada senyum yang serupa mahu kene sekeh kepala.

Aisyah memandang tempat lain. Malas nak layan.

“Aisyah, abang minta maaf kay,” lembut suara suami menyapa sepasang telinganya. Dah kenapa aku tiba-tiba rasa cair ni.

Diam.

“Aisyah, abang bagi Aisyah menang sebab abang tak nak cemarkan sejarah. Bukan ke Aisyah, Ummul Mukminin kita menang main lari-lari dengan Rasulullah dulu?” Lutfi lembut memujuk. Main lari-lari pun boleh gaduh ea? Manja la isteri aku ni.

Sepi lagi.

“Ok lah macam ni. Lepas ni abang takkan bagi Aisyah menang,” Lutfi tersengih dengan lawaknya sendiri.

Aisyah mendengus. Lawak sangat la tu?

“Then how about this? Abang belikan aiskrim sundae, Aisyah suapkan abang,” Lutfi melipat sedikit lipatan muka tudung labuh isterinya sambil memujuk terus isterinya yang merajuk.

“Siapa entah nak suap dia makan? Makanlah sendiri. Allah bagi tangan free pun tak nak guna,” Aisyah mengomel sendiri.

Lutfi ketawa.

Habis sisa tawanya,dia merenung lama seraut wajah Aisyah yang merajuk.

“Sayang suapkan abang makan ea?” mintanya lembut, memujuk. Senyumnya tak lekang. Takkan nak buat muka serius? Mau dia rempuh aku tak nak tengok muka aku dah lepas ni. Heh.

Aisyah geram. Kan aku dah kata. Dia ni heaven sweet talker la. Romeo punya orang.

“Aisyah nak yang paling besar,” katanya perlahan. Nada marah. Konon.

Ha. Kan mudah tu. Habis dah merajuk tu.

Lutfi mengangguk sambil tersenyum.

Dia menarik Aisyah supaya merapatinya lalu membenamkan hidungnya di pelipis kanan isterinya.

“Okay,” katanya mengiyakan kata isteri.

“Kita beli besar punya,” sambungnya lagi sambil berjalan santai menuju ke arah kereta. Cadangnya mahu ke mall selepas solat jamak zohor dan asar untuk makan tengahari dan berjalan dating-dating sampailah petang.

Heh.

Aiskrim yang penting tu.

Lutfi berhenti. Sedar Aisyah tidak turut berjalan beriringan dengannya.

Tersengih lagi dibuatnya. Ada sisa rajuk yang perlu dihapus.

Tanpa memandang belakang, Lutfi menghulur tangannya minta disambut.

Aisyah yang sengaja berjalan agak jauh dari Lutfi terpandang tangan yang minta disambut itu.

Ceh. Tahu je masih bersisa rajuk di jiwa.

Cepat kakinya melangkah ke arah suami. Tangan yang dihulur, disambut kejap.

Lutfi tersenyum.

Aisyah tersipu.

‘Allah, mengenali-Mu itu bagaimana sebenarnya? Cukupkah dengan mengecap sekepal bahagia lalu berpuas hati lantas bersyukur sujud kepada-Mu? Jika hanya itu, maka sebagaimana dalam kekuasaan pengetahuan-Mu aku sedang bahagia. Segala puji bagi-Mu yang memberi ketenangan padaku dan isteriku,’

‘Tapi aku tahu dengan ilmu yang Kau pinjamkan ini, bahawa Engkau jauh lebih dari itu. Betapa aku mohon jika bahagia ini mendekatan aku pada-Mu, maka bahagiakanlah aku. Dan jika bahagia ini menjauhkan aku dari-Mu, moga kau angkat bahagia ini dan campakkan redha dan rahmat kepada aku dan isteriku,’

‘Takdirkanlah kami dengan sebaik-baik takdir. Bahagia tanpa redha-mu adalah sia-sia. Maka redhailah kebahagiaanku dan isteriku,’

Amin.



                                                   


Have faith in Islam,
Fikirfarhan.

Terima kasih kerana membaca.